Wednesday 30 January 2013

I'M BACK!!!

Hye sume....
Assalamualaikum...

I'm back!!...
Hah..hahhh...hahhh...
Budget macam baru balik dari oversea aje ko nih....
Padahal baru masuk keje balik jer...
Well...aku kan dah bercuti 5 setengah ari...
Semalam plak ada tugas khas kat Hospital Parit Buntar..
So, pagi nie baru la nampak muka aku semula kat Taiping nih...

So, apalagi....aku siap jerit2 kat ofismate...


Diaorg cakap..hambooiii!!!!...
Sakan cuti..cuti kawin ke??
Mana de cuti kawin...buah hati pengarang jantung blm masuk meminang lagi...
So, xde kawin2 yer...

Aku kuar dari umah jam 6.30 am...
 Isi minyak..kuarkan duit kat ATM...
Pup...Pap..Pup...Pap...dah kul 6.43 am...
Tapi maintain...mesti sampai sebelum kul 8 jugak...
Kang merah punch card aku plak...
Xmo...xmo....
Jangan merahkan rekod anda yer Cik Suzy Sayang oooiiiii!!!!

Well...well...keje aku bertimbun la nak kena pulun balik ari nie...
So, xmo cakap banyak...
Back to work yer...
Bye..bye...

!! AdioS AmigoS !!


THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

Monday 28 January 2013

KEMALASAN YANG TERAMAT SANGAT!!!

Assalamualaikum cik blog...
Lama sudah x jumpa...
Hamboi...bajet mcm nyanyi lagu Zur Eda...
Cem poyo jerk!!!

Well...ari nie dah masuk 5 setengah hari aku bercuti...
So, kemalasan nak masuk keje pun melanda...
Sib baik esok aku ada keje khas kat area umah aku nih...
Maka, masih ada harapan nak bangun tdo lewat skit...
Maklumla...time cuti boleh sambung tdo bangun lewat skit...
Bila nak masuk keje semula...agak2 liat la...
Jangan kata aku...rasanya korang pun mesti sama la jugak...

Hopefully aku xla jadi macam kat bawah nie esok...


Harap2, kemalasan aku cukup setakat malam nih aje yer...
Selamat tinggal PENYAKIT MALAS!!!!!


THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

Friday 18 January 2013

PETANDA..SI DIA ADALAH JODOH KITA...

Assalamualaikum...
Arie nie jiwa kacau sikit...
Malas nak story morry pasal apa...
Tengah layan internet...
Terjumpa benda di bawah nie...
So, apa lagi...copy paste n sharing with u olls...
Jom layan sesama.....

10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

Bersahaja.
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

Senang bersama.
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

Terima kita seadanya.
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

Sentiasa jujur.
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

Percaya Mempercayai.
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

Senang Bekerjasama.
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

Memahami diri kita.
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

Tampilkan kelemahan.
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?
Madah Cinta “ Manusia merancang, Allah menentukan.”
“Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka.” – Al-Quran

THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

Thursday 17 January 2013

ZAMAN OLD SCHOOL...

Assalamualaikum...
Tadi aku sesaja pegi jengah folder PICTURE...
Aku jumpa gambar zaman sekolah menengah rendah dulu...
Woooww...almost 17 tahun dah tinggalkan zaman menengah rendah...
Jom tengok gambar zaman sekolah dulu2...


Ini budak2 class aku dulu...
KELAS 3B2 - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KULIM (SMKK)
Skrg nie...sume dah berubah...
Berubah bukan jer dari sudut fizikal, malahan dah beranak pinak...
Berubah jadi mak bapak orang dah...
Yang single mingle pun ada jugak...
Antaranya...aku la....
Dan aku rasa Alhamdulillah...
Semua dah berjaya dalam bidang masing2...
Kalau pandai...cuba la teka aku yg mana 1???
Untuk bebdk kelas aku...korang tak payah la dok teka...
Bagi jer job tu kat org lain yer...
Korang dah sah2 kenal rupa aku zaman dulu kala!!!!



Owhh..sakan korang berkelah yer...
Mak bapak antar pegi sekolah...
Korang sedap2 berkelah yer...
Nie agenda bersantai ker.....
Tapi apsal aku pakai tudung itam??
Owh...itu gaya budak asrama yer...
Tudung itam wajib ada bg budak pompuan berasrama...
Agaknya sebab terlalu suka pakai tudung itam zaman old skol dulu...
Skarang nie..terus aku fobia pakai tudung warna itam!!!
Bak kata pensyarah aku..nampak cam berkabung ajer!!!


Gambar nih kalau xsalah aku waktu rombongan ke USM Penang..
Gambar diambil di Candi Lembah Bujang...
Rombongan Persatuan Sejarah rasanya...
Dari kiri : Cik Su, Ros, Misah, aku dan Zai...
Time ni aku teringat Zai menjerit dalam bas sebab basah baju dia kena ujan...
Bas bocor beb!!!



Sila jangan conderm gambar tak jelas yer...
Zaman dulu mana ade DSLR ke Digital Kamera ke...
Maka, cukup la gambar nie jadi kenangan kami..
Sume..cute miut jer time nih...
Owh rindunyer zaman old skol..

Tetiba, teringat zaman aku nakal2 dulu..
Curi2 balik umah opah pas abih sekolah...
Walhal aku patutnya balik asrama...
Tu belum masuk waktu aku tido dalam kelas lagi...
Korang xcaya...sila tanya ex-skol mate aku...
Gerenti sume akan cakap akulah RATU TIDO DALAM KELAS!!..
Mujur la skrg nie aku bukan ratu tido kat ofis...
Hihhiihhiii....

Ok..ok...
Jangan banyak2 buka rahsia old skol dulu...
Simpan skit wat kenangan diri sendiri...
Siapakah cinta pertama saya waktu zaman old skol nih??
Haaaaahahhahahhaaahhh....
Sila teka???

THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

Wednesday 16 January 2013

TQ AIRASIA...

Aku happy jer...
Senyum memanjang....
Want to know why???
Hikksss....suka sgt2!!!
Sebabnya AirAsia (AA) ada offer beb...
Tengok kat bawah nih....
Teruja tahap melampau aku nih...



Sangat melampau bila kali nih aku berjaya booking sendiri...
Selalunya adik aku yg tolong buat...
Tapi kali nih, aku memberanikan diri buat sendiri...
Perasaan aku sangat seronok sekali...
Bertambah bahagia bila aku booking 2 tiket sekaligus...
Tapi 1 jer aku tunjuk kat korang...
Yang 1 lagi tu...buat masa nih biar jadi rahsia yer...


Taaarrraaa....tiket nih harganya RM0..
Just bayar airport taxes dgn fuel surcharge jer..
Untuk sorang jatuh harga RM58 pegi balik..
Maka sgt beruntung x aku???

Walaupun adik aku cakap...apa barang pi Langkawi naik flight...
Tapi aku xkisah...yg penting naik jugak flight...
Engkau ada????

Actually, Nieda memang dah plan nak bawak dak kecik tu...
So, aku nie tolong merealisasikan impian diaorg..
Nasib baik la harga waktu time cuti sekolah still masih dalam promo...
Maka, dapatlah dak kecik tu bersuka ria nanti...
I'm really happy...sebab aku dah pandai booking tiket AA...
Dan dapat pegi jenjalan dengan Nieda & Danial lagi...

Moral of the story...TQ to AA..
Sebab bagi kami peluang berjimba sambil naik AA..
Moga impian kami nie dapat direalisasi nanti...
Pasnih sibuk plak nak wat itinerary trip kami...
Owhh..sangat teruja!!



THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

Saturday 12 January 2013

AKSI GEDIK-GEDIK MANJA....







Aksi gedik2 camnih memang bersepah dalam lappy aku nih...
Tiap kali trip kami...kejenyer memang bergambar aje la...
Dak kecik tu pun sama naik jugak...
Pantang on camera...dia mesti nak tumpang sekaki...
Ada sekali tu pernah sampai terantuk kepala aku dgn Nieda...
Bila dia main terkam jer ke arah kami bila dgr camera on bunyi...

Sekarang jugak dah boleh diharap kalau suh tangkap gambar aku dgn Nieda...
Cuma kita kena setting kan awal2 kat dia...
Contohnya kalau nak zoo, pastikan dulu zoom tu dah on macam yg kita nak...
Dia akan capture jer gambar kita...
So, pada kami itu dah lebih dari cukup...
Yer...itulah Danial...ottomen kami yg bijak, notty dan xpernah membosankan...

Tetiba rasa rindu kat deme berdua nih...
Sebab tu la upload gambar2 nie...
Buat anda berdua....miss u both so much!!!

THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

Thursday 10 January 2013

~ JALAN-JALAN ~ CAMERON HIGHLANDS-IPOH ~ PART 3 - JOM MAKAN STRAWBERRY COKLAT ~



Assalamualaikum...
Walaupun dah basi...
Tetap nak update jugak kat blog aku...
Kalau kat fb..mmg dah lama aku sumbat sume gambar2 nih...
Tapi xaci la...kat Fb masuk..kat blog xmau citer plak...

Kali nie kami ke Cactus Valley...
Aku pun 1st time sampai tempat nie...
Memula aku ada rasa takut sikit nak naik atas tempat nie...
Sebab bukitnya boleh tahan tinggi...
Nasib baik bff aku @ Nieda yg drive...
Yer la..aku kan xpernah sampai cni...wajibla dia sorang jer tau jalannya...

Tempatnya not bad la...
Tp yg paling best...
Kat cni kami makan ais krim strawberry dgn strawberry coklat...
Teruja sungguh....rasa macam nak order semuanya...
Tapi faham2 jer la...budget kan ciput...
So, kena la berbelanja mengikut budget...

Jom layan gambar2 kami kat bawah nie...
Ini antara gambar2 yg terpilih aje yer...
Aku dah xlarat nak masukkan byk2...
Nak tengok selebihnya...
Pegi tengok kat fb aku..
Udah..jangan buang masa...
Jom layan gambar2 kat bawah nie...



Me & Nieda...
We shared smiles..
We wiped the tears..
and through the years..
Our friendship has grown..
along with us..
You are truly a wonderful part of my life..

Maskot2 comel!!

Gedik bersama-sama...

Kat memana pun..wajib la aku yg terlebih expose...
Memang dah habit...
Maka, sila terima kenyataan yer!!
Well...aku memang geram sangat tengok daun salad yg segar bugar ni..
Asyik2 minta si Nieda capture gambar aku...
Owhhhh...nampak sangat ko memang jakun kan!!
Biarla...dah blog aku...
Suka ati aku la nak pose camne pun..

Dah penat jalan-jalan...
Kami terasa lapar plak...
Apa lagi...singgah makan kat cafe Cactus Valley nih...
Ini adalah menu yg kami order...
Semangat tengok!!!

Kata orang kalau naik CH...
Xmakan strawberry coklat memang sia-sia la..
So, we take this...
Nyum2...so yummy...aku dgn Nieda makan silih ganti...
Itu budak kecik makan fun fries aje...

Last menu kami...Sundae Strawberry Ice Cream...
Omg....sedap giler beb!!
Kalau kat McD, dah siap di dadu kecil2...
tapi utk yg nie..dia potong besar2...
Nak bagi kita rasa nikmat telan strawberry dgn ice cream...
Memang puas hati la...sangat2!!!!


Ok...Selesai sudah cerita pasal Trip CH-Ipoh nie...
Dah xde hutang apa2 lagi...
Kalau ada pun..aku akan topup jer dengan gambar...
Story morry...cukupla kat cnie...
Kang banyak2...muak pulak korang membaca...
Until we meet again...

!! Adios Amigos !!



THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

Monday 7 January 2013

~ JALAN-JALAN ~ CAMERON HIGHLAND-IPOH ~ PART 2 ~

Assalamualaikum....
Hopefully belum terlewat lagi nak ucapkan Selamat Tahun Baru...
Moga tahun nie membawa seribu rahmat kepada semua orang...

Seperti tajuk di atas...
Walaupun dah agak2 lapuk...
Tetapi wajib juga di publish kan...
Berkisar tentang trip yang lalu...
Bagi yang belum baca trip Part 1 tu...
Silalah tekan click sini yer ------------> TRIP CH ...

Apa yg aku suka bila naik ke CH nie...
Adalah cuaca dia yg sejuk...dan warna warni sekitarnya...
Paling aku suka...pagi2 kuar jenjalan kat Pasar Brinchang tu...
Macam2 korang boleh tengok...
Jom skodeng gambar2 aku kat bawah nie...

My BFF & Danial...budak kecik tu br bangun tdo...
So, kenalah mama dukung...





Laluan nie la yg selalu jem...
Pagi nie..lengang aje jalannya...

Pokok Cactus yg so comey2!!

Macam2 jenis pokok ada jual kat cni...
Tapi 1 pun aku xbeli...
Becoz of..tangan aku nih 'panas'...
Tanam apa pun sume kira nak mati jer!!

Pokok bunga apa tah...bunganyer warna purple...
Macam bunga lavender aje...
Tapi xkan la nak ada kat CH...agak2la!!


Uuurrmmm..buah limau!!
Ada warna oren..ada warna hijau...

Versi teruja tgk fridge magnet!!

Tengok...fridge magnet pun ada macam2 warna...
Cantik jer dipandangan mata aku!!

Owh...yg ditayang itu...
Fridge Magnet pilihan hati la...
Wajib la beli...RM5 utk 3 fridge magnet...


Walaupun bantal2 sume tu comel2 belaka...
Tapi 1 pun aku xmerembat...
Saja suka ati nak amik gambar jer....

Macam2 sayur2 yg ada...
Sedia duit aje yer...

Nampak x...warna warni kan???
Aku suka tengok warna meriah2 camnih....
Terasa meriahnya hidup....poyo kan???

Bff aku nih..tengah borong apa tah...
Aku pun dah lupa..

Ini buah apa..sila jangan tanya aku...
Memandangkan aku hanya tau amik gambar aje...

Banyaknyer sayur2...
Macam2 warna..
Meriah jer aku nengok...

Owwhh...strawberry!!

Danial pun nak join the club aku amik gambar...

Tak abih lagi keterujaan aku kat Pasar Brinchang nih...

Add caption

Excitednyer...nak beli coklat nih...
Untuk diberi kat kengkawan ofis...

Tiap kali naik CH...aku mesti beli teh Strawberry  nie...
Tapi aku nak yg Cameron Valley punya yer...
Yang lain...xlayan yer...

Teruja la konon...


Teruja tengok fridge magnet..tiap kali datang..
Mesti ada corak2 yg terbaru...
Wajib la aku beli utk koleksi...

Sayur2an lagi!!

Cantiknyer bunga2 nih...
Sapa la nak bagi aku bunga camgini...
Ke kena beli utk diri sendiri...


Asal jalan sikit jer....nak tangkap gambar...
Memang poyo sungguh!!

Bff aku...budget macam model la tu...


Yang nie pun aku beli jugak..
Tapi warna purple yer...
Tak main la merah @ pink...








Saya rindu budak ini...
Rindu sangat2...
Walaupun awak noty...tapi awak tetap comel di hati saya!!


THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

ALL COPYRIGHTS RESERVED TO RESPECTIVE OWNER ~ IeDaa SuZiEaNNa ~