Monday, 18 April 2016

TRIP SANTAI KE ALOQ SETAQ....



Trip kali nie memang santai ja…
Kami pun takmo rushing2…
Golek tayar dari Taiping jam 9 lebih…
Perut lapaq…singgah makan kat Medan Selera Seberang Jaya…
Macam2 ada…sampai tak tau apa nak makan…
Pening tengok hat tu best…hat ni best….







Lapaq telur goyang plak pagi tu...
Menu breakfast pilihan aku...




Menu pilihan Nieda...nasi lemak...
Jadi orang Malaysia...rugi ooo tak makan nasi lemak...




2nd pit stop…
A to Z Wedding House Sdn. Bhd….
Pantang aku tagged tempat ni kat FB…
Mula la kawan2 dok buat assumption nak makan nasi minyak….
Kalau ada, InsyaAllah jemputan menyusul…
Tapi hat ni…serious, bukan beli barang aku atau Nieda…
Beli barang utk majlis orang…sapa hat tu rahsia….



Macam2 ada dalam ni...aku pun 1st time sampai sini...



Selesai shopping, teruskan golek tayar ke Gurun…
Nieda nak hantar beras pulut kat umah Mak Sedara dia…
Rezeki murah…tuan umah jamu kami makan laksa, ais kacang dengan buah-buahan…
Kenyang makan…mula la mata pun syahdu ja…
Tapi misi seterusnya menuju ke Aloq Setaq…
Badan dan penat…memang meminta katil dan bantai…
Kami check in hotel…mandi, rehat dan makan makanan yg kami tapaw…


Badan dah penat…nak jerit2 merepek dengan Nieda pun tak larat…
Last2 masing2 berlayaq atas katil…
Pesyen aku dengan Nieda…kalau takdak urusan, tak yah la tergesa2….
Amik mood dan rehat dulu sebelum nak buat agenda seterusnya…
Agenda kami malam tu, just nak meronda Aman Central Mall ja dan makan malam…
Tempat nie memang wajib jengah, masuk dalam itinerary…
Memandangkan Aman Central ni tempat baru…harusla kena buat perasmian…
Kalau bab itinerary dalam Semenanjung Malaysia nie…memang fully aku bagi Nieda buat…
Kalau itinerary luar negara…aku yang akan buat…
Makan malam kami untuk malam tu kat Kedai Nasi Kandar Yasmeen dekat stadium…
Pilihan tempat makan pun Nieda jugak yang suggest kan…
Aku memang majority ikut ja…
Sebab minah dia memang food hunter !!!


Nie la partner in crime aku...
Hobi kami gaduh dalam keta...
Pi la tang mana pun...mesti akan sesat...
Trademark kami kalau bab sesat ni...
Sesat is sweet...




Pas makan jalan2 downtown kat area Menara Aloq Setaq….
Lepak layan tengok budak2 main kasut roda…
Dah boring, baru gerak balik ke hotel….


2nd day…kami mulakan dengan pegi amik kunci umah baru Nieda…
Pastu baru kami gerak cari breakfast…
Then, pi amik skincare dekat sorang akak nie…
Amik tepi highway ja pun…
Akak tu rushing nak pi kenduri….


Tengahari memusing cari nak makan kedai makan Raden…
Konon nak makan daging bakaq…
Tapi sebabkan kami repeat meronda kat dalam Aman Central lagi sekali…
Dah terlajak sampai jam 2…mana nak ada lagi daging bakar…
Dah la memusing cari kedai tak jumpa….
Last, jumpa jugak…aku suruh Nieda tanya kat pakcik buat ayaq tepi jalan tu…
Conversation Nieda dengan pakcik tu agak lawak la jugak…
Tapi sebab lapaq….aku dah terlalu lapaq…aku dengaq2 camtu ja…
Pakcik tu siap suh kami parking bawah pokok dan lintas pi kedai makan yang kami cari tu…


Settle makan, aku suh Nieda order ten ais bungkus dengan beli kuih…
Sebagai ucapan tanda terima kasih sebab pakcik tu dah tolong bgtau tempat yang kami cari…
Tepung bungkuih pakcik tu jual sedappppp sangattttt….
Macam nak nanges ok….sebab sedap sangat….


Perjalanan kami teruskan ke Gurun…
Nak pi tengok umah Nieda kat sana…
Dah settle semua urusan, kami pun slowly gerak balik…
Waktu aku isi minyak…singgah dekat Shell…
Makcik Shell tu greeting baik ja…sampai terkejut gegirl…
Aku bagi RM50, nak isi minyak RM30 ja….
Bole dia pi sembang dengan brother lori belakang keta aku…
Bila aku minta balance…dia cakap sat la….
Aku bukan apa….risau dia lupa…silap2 dengan aku sekali pun bole lupa…
Yang aku nie, gegas nak masuk beli ayaq kat dalam…
Bole time tu dia cakap kat aku…kena isi RM40 baru bole beli ayaq tu dengan harga RM1….
Pastu dia pi kat brother lori belakang…cakap kat brother tu…hang bole beli ayaq 3…
Geram aku dengan makcik tu…aku yang beria nak beli…sibuk pi announce kat brother tu buat apa…
Nieda cakap…dengan makcik tu pun nak cari gaduh…
Bukan gaduh…tapi jaga la hati aku sikit…
Menjerit2 aku dalam keta punya hangin kat makcik Shell tu….


Cut short…ada accident dekat dengan RnR Bukit Merah…
Lalulintas jadi slow…
Tapi time tu Nieda yang drive…
Selamat la aku kat situ…
Terus pi amik Danial kat umah Ibu Herda…
Bawak pi makan malam dan balik umah aku…
Lepas mandi, siap, kemas barang…Nieda pun gerak balik ke Langkap…
Itu ja story untuk kali nie….



Bye...




THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

Sunday, 17 April 2016

FAREWELL PARTY TERTUTUP UNTUK KAK ILAH....




Farewell kali ni special sikit...
Majlis kali ni tertutup…
Hanya utk kenalan rapat saja…
Memang dibuat khas oleh Kak Venny….
Untuk meraikan pertukaran dan perpindahan Kak Ilah ke Kuala Lumpur…


Sedih, memang sgt sedih…
Aku rapat jugak dengan Kak Ilah…
Sebabnya, bila dengan dia, aku gelak tak hingat dunia…
Memang tak dak nak cover2…cakap pun main aci nak cakap ja…
Tak dak isu nak sentap2 pun….


So, jamuan tertutup ni dibuat kat The Gate CafĂ©…
Semua urusan di handle oleh Kak Venny…
TQ Kak Venny ajak I join sama….
Sorang2 dah angkat kaki dari KKIA Taiping…
Bila pulak la turn aku nie…. L


Ok..jom tengok gambar kami sepanjang majlis nie….


Yang sebelah kanan dan depan aku tu la yang diraikan...
JM Nor Fadzilah bt Mansor...




Kamera kalau kat tangan aku...
Memang punah...sure banyak muka aku ja...
Nasib la kan???
Tengok Big Boss aku photobomb kat situ...
Saja tau !!





Posing banyak2...nanti bole tengok bila rindu....





Makanan penuh meja...
Waktu nie semua mampu senyum lagi...




Semua gaya takmo berganjak dari meja...
Masing2 nak hadap makanan ja...
Almaklum la tengahari...harus la lapaq...




Time nie mampu senyum lagi...
Tunggu la sat lagi masing2 mata masuk habuk !!!




Hadiah dan kek adalah benda wajib untuk setiap farewell....
Untung la ramai yang sayang kan???



Farewell nie start dengan acara makan2 dulu...
Maklum la acara tak formal...
Bila masuk acara speech2 nie...
Mula la masing2 cari tisu...
Aku sedih gak, tapi sempat cover....
Hihihihiiii....
Malu la...satgi abih semua org tengok....


Sorry la...gambaq bagi hadiah tak tau pi tang mana...
Cukup la gambaq2 nie untuk simpanan dalam blog aku nih...
Last but not least....


 Harus la gambar aku yang tengah riang gumbira sebab dapat makan...
Haahhahhahahh....



Buat Kak Ilah...
Selamat berkhidmat di tempat baru...
Semoga Allah permudahkan semua urusan akak...
Ingat, we luv u...
Tak kira akak kat mana pun...moga ukhwah persahabatan kita berpanjangan...




THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

Thursday, 14 April 2016

MAJLIS PERPISAHAN UNTUK STAFF...




Ari tu ada buat sikit Majlis Perpisahan untuk beberapa orang staff...

Kak Ilah yang akan bertukar ke Kuala Lumpur mengikut suami...

Bos I, EO Nadia yang diarah bertukar ke Hospital Taiping...

Dan yang terakhir...Kak Jan yang akan berpencen wajib...

Acara simple ja...memandangkan buat masa rehat hari Jumaat...

Itu ja masa yang ada...dan dikira sesuai...

Cakap banyak takmaw...tengok gambaq sudah....




Kak Jan dan EO Nadia...




Acara potong kek perpisahan tu wajib ya...
Tapi aku...tunggu nak ngap kek ja...




My MOIC dengan ex-bos...
EO Nadia nie baguih orangnya...
Walaupun muda belia...tapi dia jaga kami dengan baik sekali...
Memang sayang sangat dengan bos I ni...
Sorry ya...I tak pandai membodek...kalau bagus, direct ja I cakap bagus...





Kak Jan yang akan berpencen wajib...
Pas ni takyah la terkejaq2 nak mai keja...
Moga diberikan kesihatan yang baik untuk terus beribadah....




Kak Jan dapat cincin emas hokay...
kalau nak...bole minta option ya...




Buat EO Nadia & Kak Ilah, selamat berkhidmat di tempat baru...
Buat Kak Jan, semoga Allah permudahkan semua urusan akak selepas berpencen...dan diberikan kesihatan yang baik...
Buat semua staff KKIA Taiping...teruskan perjuangan kita hingga ke keringat terakhir...







THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

ALL COPYRIGHTS RESERVED TO RESPECTIVE OWNER ~ IeDaa SuZiEaNNa ~