Tuesday, 24 January 2023

Resipi Lepat Liat versi Utara..

Assalamualaikum...

Cuti Chinese New Year tahun ni panjang..

Sebab kan jalan mesti jem..

So.. kita dok umah ja la..

Lagipun encemboy kesayangan kita ada balik bercuti..

Selain layankan dia.. keja kita... makan..makan... dan makan lagi...



Petang ni.. tekak terasa nak makan lepat liat..

Bila sebut kuih² mcm ni... orang tua² buat la yg paling best..

Tapi kali ni.. asyik lalu kat fb kita ja.. berkali² plak tu..

So.. meh la merajinkan diri buat kuih lepat liat ni..


RESEPI LEPAT LIAT UTARA


Bahan-bahan:

3 cawan tepung pulut

1/2 cawan santan

3 sudu makan gula putih

1 sudu kecil garam

Kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam halus

Daun pisang - pastikan layoq dulu atas api yaaa..

Minyak masak - digunakan utk sapu atas daun pisang


Bahan dimasak:

1 cawan gula merah + 1/2 cawan air


Cara-caranya:


1. Masak air gula merah dan ketepikan.


2. Masuk santan, garam, gula putih bersama tepung pulut di dalam bekas dan gaul sebati.


3. Masuk air gula merah tadi sambil ditapis dan kacau hingga tidak berketul. Pastikan tak cayaq sangat, kalau cayaq, sila tambah tepung pulut lagi.


4. Ambil daun pisang dan sapukan minyak letak 2 sudu makan adunan serta ratakan. Sapu minyak pada jari dan tekan adunan.


5. Letak inti nyok di tengah2 adunan dan balut kemas. 

6. Last sekali kukus selama 45 minit.


SENANG JA.. SILA CUBA YAAA...



Rujuk cara no. 1


Rujuk cara no. 2


Rujuk cara no. 3



Ok.. yang ni selepas dikukus selama 45 minit..


Inilah hasilnya... sedap jugak rasanya..
Simple ja.. cuma kena rajin sikit..
Tu ja laa...



Ok.. tu ja yang kita nak share..
Tunggu la kerajinan kita seterusnya..

See u guys soon..

Lots of luv,
Suziana Jizan ❤













THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

Wednesday, 4 January 2023

1st day school for Seif..


 Tahun 2023..

1st day school utk my encemboy..

This year.. encemboy dah masuk 3 years..

Cepat betoi masa berlalu..

Dah besaq my encemboy..

Dah bijak sangat..

Semoga.. my encemboy membesaq dengan sihat, bijak, menjadi anak yang baik dan berbakti kepada Agama Bangsa dan Negara..


Salam Sayang,
Ommama Seif..


THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

ALL COPYRIGHTS RESERVED TO RESPECTIVE OWNER ~ IeDaa SuZiEaNNa ~