Showing posts with label tempat-tempat menarik. Show all posts
Showing posts with label tempat-tempat menarik. Show all posts

Sunday, 4 December 2016

I CAME, I SAW, I CONQUERED : YOGYAKARTA 2016 ~ CANDI BOROBUDUR...





Kisah Yogyakarta ni dah macam dah basi…
Lama sangat tertangguh…maklumlah, sibuk dengan macam2 hal…
Apapun, aku tetap rasa trip ke Yogyakarta nie yang paling best…
Sebab, banyak tempat2 sejarah yang kami lawati…
Kalau orang lain suka bab shopping di Indonesia…
Tapi tahap aku yang tiap2 tahun ke Indonesia nie…rasa macam dah tak berapa nak menyopping sangat…
Bukan berlagak…tapi lebih kepada just nak tengok scenery yang lain dari yang lain…


Day 2 kat Yogyakarta…of coz la misi ke Candi Borobudur…
Selama ni hanya mampu tengok dalam gambar ja…
Kali nie, dah sampai harusla merealisasikan impian nak jengah tengok Candi pulak…
Alhamdulillah, Allah berikan rezeki untuk sampai ke sini…
Kalau ada yang nak kata…buat apa nak pi tengok benda yang bukan berkaitan agama kita…
Aku cuma mampu cakap….jangan la kita tengok sesuatu perkara tu dengan pemikiran negative…
Yang aku bole cakap…selagi ianya tak mensyirikkan Allah…dan membuatkan kita terpesong…maka, teruskanlah….


Supir kami, Ari susun jadual itinerary kami ke Candi Borobudur pada petang hari…
Kata Ari, supaya kami tak berhadapan dengan cuaca yang panas membahang…
Sebelum tu…meh la aku bagi info sikit pasai Candi Borobudur nie…


Info Candi Borobudur :
Borobudur adalah nama sebuah candi Buddha yang terletak di Kecamatan Borobudur Kabupaten Magelang yang terletak di sebelah selatan 15 km sebelah selatan kota Magelang. Candi Borobudur merupakan candi Buddha, dibina oleh Raja Samaratungga, salah satu raja kerajaan Mataram Kuno, keturunan Wangsa Syailendra. Candi Budha ini mempunyai 1460 relief dan 504 stupa Buddha di kompleksnya. Enam tingkat paling bawah berbentuk bujur sangkar dan tiga tingkat di atasnya berbentuk lingkaran dan satu tahap tertinggi yang berupa stupa Buddha yang menghadap ke arah barat. Setiap tingkatan melambangkan tahap kehidupan manusia.


Aku tak sempat nak ukur Candi nie panjang mana…
Tapi agak letih jugak la kita pusing2…
Tapi kalau pusing tengok keliling sambil amik gambar…yang tu memang tak terasa…
Natijahnya, kamera gopro penuh gambar kat sini ja…


Tangga kat sini takdak pemegang, so sila berhati-hati bila melangkah…
Cuma tangga kat sini tak macam tangga nak naik ke Great Wall Beijing…
Tangga Great Wall tu kejap tinggi, kejap rendah…so, agak memenatkan…
Tangga Candi nie masih ok lagi untuk panjat…sebab Mama dengan Abah masih mampu lagi memanjat…
Dapat je peluang, panjat la sehingga ke tahap tertinggi…sebab bukan tiap tahun nak pi pun…kan?


Well, menikmati terbenamnya matahari di kawasan Candi nie terasa mendamaikan jiwa…
Tak kira dimana pun kita berada, matahari sentiasa menemani kita…
Maka, nikmat Allah mana lagi yang kau dustakan…
Tepuk dada, tanyalah hati…
Nikmat yang Allah izinkan aku untuk tengok, aku abadikan di sini…
Moga dapat dikongsi keindahannya dengan yang lain…


Amaran keras : gambar terlalu banyak..kalau rasa macam nak berdarah hidung...skip cepat2 yaaa.... :)


























































































































Banyak gila gambar.... penat oii nak pilih...nak letak watermark lagi...
Datang jugak la kerajinan aku nak update pasai  Candi Borobudur nie...
Hopefully kerajinan aku akan berganda-ganda lagi...

Well...cukup dulu sampai sini...
Nak layan Gegar Vaganza akhir nie...
Adios Amigos...





nota kaki : orang lain p travel....aku hanya mampu mereput sambil mengenang memori... itu pun indah jugak la pada aku....






THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

MENIKMATI PERMANDANGAN INDAH....



Ujung minggu yang kebetulan ada urusan kat Penang...

Dah alang2, aku ajak Mama dgn Abah singgah bawah jambatan nie...

2nd time aku sampai sini...

Excited Mama Abah tangkap gambar kat cni...

Aku layankan ja...

























































































Cantik kan???

Aku memang dah tertawan lama dah...

Tiap kali lalu ja...mesti cakap nak singgah lepak tangkap gambar...

Alhamdulillah, tahun nie sampai jugak...

Pertama kali dengan my yayang Eina Berry...

2nd time dengan Mama Abah pulak...

Adakah kali ke 3 dengan cinta hati pulak???

Wallahualam... :)

Moga ada rezeki lagi untuk sampai ke sini.....

Tenang dan damai ja bila dapat tengok laut...

Walaupun kat atas kepala bunyi kenderaan lalu lalang atas jambatan....

Ok, tu ja nak citer kali nie...







THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

Tuesday, 11 October 2016

OUTING WITH EINA BERRY....



8 Oktober 2016...

Aku dengan Eina pegi amik buku kat USM...
Memang dah plan pun, aku pick up dia kat Komuter Butterworth...
Then gerak sama2 ke USM...


Tahun nie aku rajin sikit...
Plus, ada kawan yang nak temankan...
Meh la merajinkan diri pi USM...


Rasanya lama dah aku berhajat nak lepak bawah jambatan Pulau Pinang...
Tapi sampai abih final exam tahun 3 pun, belum jejak lagi...
Moralnya...tak dak sapa nak layan aku kan...
Tapi pagi tu...aku tetiba ja mengubah haluan....
Aku tak amik jalan ke USM, tapi aku ikut kata hati...
Terus aku amik sebelah kiri jalan...
Sampai la jumpa susur masuk ke tempat yang aku nak...
Mati idup balik, kalau sensorang aku tak buat keja gila nih...


Hasilnya, berjaya jugak sampai...
Memang cantik sgt permandangan kat bawah tu...
Pencinta laut macam aku nie, memang akan nampak laut tu sentiasa cantik...
Pada aku, kalau ada masalah, renung la laut...
Kalau rasa masalah kita besaq...besaq lagi laut tu...
Apa nak dibandingkan dengan masalah kita tu...
Laut pun ada masa bergelora...sama la macam manusia, ada masa bermasalah jugak...


Ok, saksikan kegigihan kami menjejakkan kaki ke tempat impian aku nih...
Akhirnya, berjaya jugak sampai ke sini...
Alhamdulillah....
















\


































THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

Friday, 30 September 2016

I CAME, I SAW, I CONQUERED : YOGYAKARTA 2016 ~ DAY 2...



Bangun pagi nie...rasa wowww sangat...
Pusing kiri pusing kanan...owh, bukan katil bilik tidoq aku rupanya...
Then, baru la sedar diri... aku tengah bercuti rupanya...
Bangun pagi siap mandi...terus gegas turun breakfast...
Time bercuti nie...aku rasa nikmat betoi la dapat breakfast lama2...
Duduk makan dengan tenang, kunyah makanan slow2...
Memang best la...susah nak explain feeling tu...


Supir kami, Ari sampai waktu kami tengah breakfast...
Sempat lagi dia berpesan supaya kami makan lebih sikit...
Katanya aktiviti kami di hari ke 2 nie perlukan sedikit tenaga...
Permulaan aktiviti kami... lawatan ke Pusat kerajinan Perak Kotagede.


Sedikit info tentang tempat nie :
Kotagede adalah nama sebuah wilayah di Yogyakarta yang sebahagian besar penduduknya
bekerja sebagai tukang Perak. disini kita akan melihat barang kerajinan Perak asli Kotagede seperti cincin, kalung, gelang loket, dan juga beberapa hiasan seperti miniatur kereta kuda, basikal, dan lain sebagainya.









Lawatan seterusnya, kami teruskan ke tempat jual coklat...


Sedikit info tentang tempat nie :
Selain perak, kotagede juga mempunyai coklat yang mempunyai cita rasa tersendiri. Coklat yang dijual mempunyai rasa yang agak pahit layaknya coklat asli, namun tetap saja membuat ketagihan. Harganya berbeza-beza mulai dari Rp 15.000 hingga beratus-ratus ribu rupiah. Sesuai sebagai buah tangan (oleh-oleh).

Selepas makan tengahari, kami teruskan aktiviti ke Gunung Merapi.

Ini antara ativiti yang ditunggu-tunggu...

Rupanya nak ke Gunung Merapi nie pun challenging...
Kena naik jeep hokay...
Jalan nak masuk pun ke dalam pun berbatu-batu...berliku2...
Kesan lahar meletus tu memang kelihatan di merata tempat...
















Gambar kat bawah nie kesan selepas letusan Gunung Merapi....
Penduduk situ kutip dan buat satu tempat macam Muzium...
Untuk letakkan semua barang2 nie...























































Dibelakang kami tu adalah Gunung Merapi...
Tak bole nak capture Gunung Merapi dengan sharp...
Ini ja la yang dapat.... 
Maka redha ja la...
























Tengok gambar sebelum dan selepas...
Sedih sangat....



 Cerita day 2 nie ada sambungan lagi...
Tapi sebab nanti gambar akan jadi maha banyak...
So, aku decide...berhenti setakat ini dulu...
Later, aku sambung dengan cerita Candi Borobudur...



Ok....bye... :)








THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

ALL COPYRIGHTS RESERVED TO RESPECTIVE OWNER ~ IeDaa SuZiEaNNa ~