Thursday 26 December 2013

JALAN...SHOPPING....MAKAN...AGENDA CUTI KAMI!!!!

Story On 25 Dec 2013...

Ampun maaf banyak2...dah lama xjengah blog aku nih...
Ok...aku admit..memang aku sibuk gegila babeng....
Sana sini tak terkejar....
Cuti banyak...kerja kat ofis melambun-lambun.....
Hoooiii...terus rasa nak cuti lagi...

Kalu nak ikut citer...banyak benar agenda aku bulan 12 nie...
Kang kalu aku citer korang cakap aku nak berlagak la plak....
Tapi nie blog aku kan...so, lantak aku la yerk...
Kalu xsuka...sila muntah jauh2...

Cerita percutian aku banyak fasa...
So, meh la aku citer dulu pasal jenjalan semalam...
Semalam cuti Krismas...apa barang dok umah layan tv yang penuh dengan salji dan pokok Krismas...
Kami kuar ke Juru Autocity...
Kata orang, kalu nak shopping...time Year End Sale nie la paling best...
Hooiii....betul la...memang murah sungguh...
Ko dapat ke beli cadar Queen Size dengan harga RM28 hinggit jenama Harumi...
Sila jelouskan aku yer...aku dapat beli....
(Dasar suka berlagak, keeennnnnn....)

Tapi sebelum tu, kami sempat makan...
Makan kat Subway Juru Autocity...






 Tengokkk...semua asyik jer makan...
Sedap giler tu!!!!!!!


Dah lama aku berhajat nak bagi mama dengan abah makan Subway nie...
Nak tapaw...dah xberapa sedap sebab dia dah mix dengan sos dengan sayur...
Nie...dapat jugak la bagi mama abah merasa makan Subway...

Dah habis melepak...kami sambung shopping plak...
Meh nengok kami huhahuhaaaaaa...















Hebat betoii la sale kat sini...
Baju kemeja lelaki Dapper, Durban, Arrow...harga bawah RM30...
Mau meroyan aku nengok...
Meroyan ler pasal xboleh nak beli...
Abissss...xkan aku nak pakai kemeja kot...
Korang nie....agak2 la jugakk....

Kami shopping untuk adik aku tu...
Dia dah abis SPM...so tunggu nak sambung belajar kat Universiti...
Jadi sebabkan harga murah...boleh jer la beli siap2...
Kang kalu sekaligus beli...mau buntang bijik mata weiii nak membeli...
Mana lagi duitnyer berguni guni nak kena gali...

Ok...tu jer untuk kali nie...
Dah banyak aku membebel tu...
Bye....




THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

Wednesday 11 December 2013

PARENTING STYLE - AUTORITATIF, AUTORITARIUM, PERMISIF...

Well ari nie...
Ada mood sikit baik...
So, aku nak kongsi cara @ gaya didikan untuk membesarkan anak2...
Well, dalam dunia yang mencabar nie, banyak cabaran2 untuk membesarkan anak...
Moga info di bawah dapat membantu...


Gaya asuhan ibu bapa menurut Baumrind (1971) adalah terbahagi kepada tiga jenis, iaitu 
gaya asuhan autoritatif, gaya asuhan autoritarian, gaya asuhan permisif. 
Ketiga-tiga gaya asuhan ini perlu diketahui oleh ibu bapa agar mereka dapat memilih jenis gaya asuhan yang sesuai diaplikasikan ketika berinteraksi dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya tidak terlalu terikat kepada satu-satu gaya sahaja, malah sebaliknya mengamalkan pelbagai gaya mengikut keperluan mendisiplinkan anak-anak. 



Gaya Asuhan Autoritatif 

Ibu bapa yang autoritatif mengawal dan bertanggungjawab terhadap anak anak mereka. 
Gaya asuhan mereka yang bersifat rasional dan demokratik dapat membentuk anak-anak yang berfikiran positif, aktif bersosial, bertanggung jawab, dan mempunyai kompeten daripada aspek kognitif. Hasil kajian mendapati bahawa komunikasi antara ibu bapa dan anak yang baik, suasana keluarga yang tenteram dan beberapa ciri asuhan autoritatif yang baik akan 
menghasilkan remaja yang bersikap positif (Clark dan Shields, 1997; Sokol-Katz et al., 1997). 

Alice Rani (1998), telah mengkaji terhadap hubungan antara gaya asuhan keluarga dan 
pembentukan personaliti remaja. Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar lelaki dan seramai 74 orang. Penyelidik menggunakan soal selidik Parental Behaviour Inventory (PBI) dan Junior Eysenck Personaliti (JEPI). Dapatan kajian menunjukan bahawa kebanyakan responden yang diasuh dalam keluarga yang mengamalkan bentuk asuhan amalan demokratik iaitu kebanyakan ibu bapa remaja telah terdedah dengan cara mendidik dan mengasuh anak-anak yang lebih baik dan bertimbang rasa . Kajian ini memberi gambaran kepada ibu bapa supaya mempertingkatkan usaha untuk memperbaiki semula kemerosotan pengaruh gaya didikan anakanak . Ibu bapa perlu sentiasa mendalami ilmu pengetahuan terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan perhubungan antara ibu bapa dan anak. 

Menurut Baumrind (1989), kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang demokratik 
cenderung menjadi lebih bertenaga, suka menjelajah, mempunyai perasaan ingin tahu tinggi, 
berdedikasi, dapat mengawal diri, puas hati dengan diri dan bersikap positif terhadap rakan 
sebaya.


Gaya Asuhan Autoritarian 

Ibu bapa yang mengamalkan gaya asuhan autoritarian pula mempunyai sifat kawalan 
yang tinggi, tetapi kurang dalam tanggungjawab. Anak-anak yang dibentuk akan mempunyai 
ciri-ciri seperti berfikiran negatif, sering memberontak, pendendam, bimbang, cemas, khuatir, 
pendiam, pemalu, konsep kendiri rendah dan kurang motivasi untuk berdikari. Mereka akan 
bertindak bermusuhan sekiranya dikecewakan. 

Gaya keibubapaan ini menggambarkan ciri-ciri kesan negatif terhadap konsep kendiri 
anak kerana anak akan mempunyai kemahiran sosial yang lemah, menjadi individu yang terlalu agresif atau terlalu pasif serta mempunyai mood yang tidak menentu (Bee dan Boyd, 2002). Kajian mendapati bahawa kanak-kanak yang seringkali dihukum dan seringkali menyaksikan tingkah laku devian atau tingkah laku agresif dalam keluarga mempunyai risiko yang tinggi dan menghadapi kesukaran dalam penyesuaian kendiri (D’Angelo et al., 1995). 

Bandura dan Walters (1959), penyelidikan mendapati bahawa remaja yang delinkuen dan 
agresif berasal daripada keluarga yang ibu bapa mereka menggunakan hukuman fizikal secara berlebihan dan menegakkan disiplin kepada anak-anak. Kajian oleh Lawrence (Mohd Salleh, 1986), mendapati remaja yang diberi kasih sayang terlalu keras atau tidak ambil peduli, autokratik, pasif serta diskriminasi oleh ibu bapa akan menghasilkan anak-anak remaja yang bermasalah, memberontak dan menuju tingkah laku yang terpesong dan menyeleweng.



Gaya Asuhan Permisif 

Gaya asuhan permisif pula adalah merujuk kepada ibu bapa mesra dan bertanggung 
jawab, tetapi lemah dalam kawalan dan akan mengakibatkan anakanak terlalu bergantung, 
mempunyai permintaan yang tinggi dan impulsif. Ibu bapa yang mengamalkan gaya asuhan 
permisif juga tidak mengambil berat terhadap anak-anak dan akan melahirkan sikap kecewa di kalangan anakanak. Mereka merasakan ibu bapa lebih mementingkan hal mereka berbanding urusan menguruskan anak-anak (Santrock, 1972). 

 Kekurangan kawalan dari ibu bapa, tingkah laku agresif dan kegagalan dalam 
persekolahan semasa kanak-kanak sering dikaitkan dengan gejala-gejala seks bebas, 
pengambilan alkohol dan dadah semasa remaja serta tingkah laku anti sosial ( Caspi, et al., 1995; Moffitt, 1993). 


Kesimpulannya, setiap gaya didikan yang digunakan oleh ibu bapa dalam mendidik anak mereka mempunyai baik dan buruknya sendiri. Sebagai ibu bapa, kita hendaklah memilih gaya didikan yang sesuai supaya anak terbabit menjadi seorang yang mempunyai nilai positif di dalam dirinya. Mereka yang dibesarkan dalam persekitaran dan pendekatan yang positif akan menyumbang kebaikan kepada diri sendiri, masyarakat dan seterusnya kepada negara.



THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

Thursday 21 November 2013

OUR VACATION IS JUST AROUND THE CORNER...

Ewahhhhhh....cakap omputeh la konon2...
Budget nak bercuti kat obersi ke???
Hentikanlah verangan tu....

Ehhhh, ingat kat Malaysia nie xde tempat menarik ke???
Banyak ok!!!!
So, meh le reramai kita cuti-cuti Malaysia...

Nak ikut aku bercuti???
Mana bole....kita bukan kawan pun....

Apa???? Cakap aku berlagak....
Ada aku kisahhhh???
Ko ada bagi dana ke aku nak berjalan???
Tau pun xde....so, jangan nak ngumpat aku keje berjalan jer...
Hidup aku...Cara aku...Jenjalan sana sini situ....
Xjelas lagi ke trademark aku tu!!!!!!!!

Malas la nak layan korang...
Cekidaot mana aku nak jenjalan....
Jom-jom.....




Kan aku dah cakap...dalam Malaysia jer...
Pegi Langkawi pun naik flight...
Versi malas nak drive dan dok lama2 dalam kereta...
Plus...tiket nie 0 fare...
Sapa sanggup tolak...korang sanggup ke???

For me, nie hadiah untuk diri sendiri pas berjaya menyiapkan 2 assignment...
So, bercuti sekejap sebelum sambung bertungkus lumus membaca buku semula...

Ok...tu jer...
Jom start counting days with me...
Bye....




THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

Saturday 16 November 2013

JOM KITA MASAK...RESIPI APAM TEPUNG GANDUM SIMPLE...

Ari nie  aku terlebih rajin...Memandangkan mama xdak kat umah...

Aku amik alih sepenuhnya dapur...

So, boleh jerit laju2...Ini dapur, beta yang punya!!!!!!!!!

Sangat lah poyo....kan???



Well...alangkah indah ada dapur sendiri...

Walaupun aku nie bukan kaki memasak sangat2, 

tapi nikmat kalau masak sendiri tu terasa puas.... 

Dapur aku nanti kena pasang kipas...

 Aku elergik masak panas2 nih!!! Xsanggup aku siang ikan 

sambil berpeluh2...Hoi, terus rasa nak 

heret ikan tu sekali pi duduk bawah kipas...Yang nie wajib 

aku  masukkan dalam list untuk renovate umah....



Berbalik cerita asal...keje aku, memasak jer dari semalam... 

Tapi kita review pelan2 yer...Seperti biasa, aturan entri 

harus carca merba... Maklumlah aku 

nie, bukan kaki ikut rules sangat2....

Untuk minim petang nie, aku buatkan Apam Tepung 

Gandum...Warna hijau yer....

Sapa xsuka ijau, sila main jauh2 yer....



Disebabkan apam yang aku buat tu menjadi, 

marilah aku kongsikan bersama resipinyer. 

 Plus, aku pun nak simpan jugak cara buat nie...

Sok lusa, mana tau kot2 dah hilang ingatan...

Jadi cara paling bagus...

Simpan jer la kat dalam blog sendiri.... 

Resipi nie, serius simple, 

sebab aku nie kategori xsuka nak buat resipi yang payah 

nak cari barang....Jadi, aku 

punyer target, simple, mudah, tak banyak cekadak....




RESIPI APAM TEPUNG GANDUM VERSI SIMPLE 

3 cawan tepung gandum

1 1/2 cawan gula putih

2 cawan air

1 paket Mauripan (11gram punyer)

1 cawan air suam

Pewarna ikut citarasa sendiri (aku pilih ijau)



CARA-CARANYA

1. Masukkan 3 cawan tepung gandum dan 1 1/2 cawan gula, gaul bersama dan ketepikan.

2. Larutkan Mauripan tu ke dalam 1 cawan air suam, pastikan larut sepenuhnya.

3. Kemudian tuangkan bancuhan No . 2 di atas ke dalam adunan No. 1.

4. Gaulkan perlahan2, kemudian masukkan 2 cawan air 

sedikit demi sedikit, gaul sehingga aduan rata dan kelihatan

 seperti gambar di bawah. 

5. Masukkan pewarna pilihan 1 sudu kecil.



nota : adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair...


6. Biarkan di dalam bekas selama lebih kurang 2 jam. Adunan akan mengembang dengan 

sendirinya.

6. Selepas diperam selama 2 jam, letakkan pengukus di atas dapur, biarkan sehingga air 

pengukus menggelegak kemudian, baru masukkan adunan tersebut untuk dikukus dalam 

tempoh 30 minit. 




8. Selepas 30 minit, boleh dihidangkan bersama kelapa parut.



Taraaaaa.....siap sedia untuk dimakan...


Ok, itu jer resipi yang aku nak kongsi untuk hari nie...

Len kali kalu aku rajin, aku 'hapdet' lagi resipi lain....

Tapi...yang penting, simple, mudah dan tak banyak cekadakkkk!!!!!




THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

Friday 8 November 2013

JOM MAKAN KENDURI....

Last week, terlebih rajin ikut mama abah gi makan kenduri....
Sedap jugak lauk pauk kenduri nie...
Siap ada cendol dengan laksa lagi...
Makan sampai sengkak perut...
Muka happy sebab kenyang makan....



Tetiba rasa cam gebu jer...
Well gambar xde edit2...
Aku idak ler pandai bab mengedit nih!!!


We are so happy....



Lagi2 muka kami....


Last but not least....peace from me.....


THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

Tuesday 5 November 2013

MERONDA DI PASAR KEMBOJA...

Story On 2 Nov 2013...

Sekarang nie... aku xpayah nak bazirkan cuti lagi...
Kalau dulu, nak pi Pasar Kemboja, kena la amik cuti pada hari Isnin atau Jumaat...
Tapi, sekarang nie...
Setiap ari Sabtu aku boleh pi buat road tour kat situ...

Ok, untuk makluman semua...
Pasar Kemboja kini dibuka pada hari Isnin, Jumaat dan Sabtu...
Jadi, ikut kesesuaian korang la nak pi hari apa...
Tapi yang pasti...aku dengan mama tetap akan pi jugak pusing2...
Walaupun xde benda nak beli...
Kira macam exercise la jugak...jalan2 pusing2 tengok gelagat orang...

Kalu rasa nak tengok camne sesaknyer Pasar Kemboja nie...
Meh aku tunjukkan kat korang...
Moga tercuit2 la hati korang nak shopping kat sini...

Jubah cotton nie...bersepah yer...
Dengan memacam warna...
Pilihlah ikut suka hati korang...
Harga paling murah RM30...

Jubah camnih...jangan harap la RM30...
Boleh botak peniaga nie jual harga murah camtu...
Pandai2la korang bodek untuk dapatkan harga murah yer...
Kesian adik nie....
Aku suka nasihatkan....
Kalu nak datang tempat camni...
Jangan bawak budak kecik...
Sebab tempat nie kurang sesuai dengan diaorang...
Tp kalu dah terpaksa tu, pandai2 cari tmpt berteduh...
Selain sesak, tempat nie jugak berhabuk dan berdebu...
Macam aku nie, cepat ghairah tengok kain, baju , tudung semua nie...
Tips dari aku...jalan lah dulu...
Survey dulu harganya...
Sebab kadang2, harganya berbeza...walaupun kualiti sama...
Kang dah beli...tengok2 kat depan sana nun...harga lagi murah...
Kan dah rugi...ada plak yang terkeciwa nanti...


Sepanjang jalan nie...memang penuh orang meniaga...
Kalu boleh, cari la parking yang strategik...
Biar jauh parking, jangan nanti kena saman plak....

Kalu nak cari baju siap pun ada jugak...
Takpayah susah2 nak antar ke tailor...
Aku suka suggest kan korang try dulu baju yang korang nk beli tu...
Bukan apa, tiap baju...size xsama...
Kang tak pasal2 jer kena sedekah kat orang lain sebab xmuat...











Telekung pun ada...
Ari tu, aku ronda2 dgr la akak nie dok promote...
Telekung Vietnam...RM40 sehelai...
Ambil banyak, boleh kurang lagi...
Hahhh kau!!!...xyah susah2 pi Vietnam...
Barang Vietnam depa bawak mai lagi...


Blouse pun banyak...
Majoriti harga RM 20...
Macam2 warna, macam2 design...
Aku pun suka gak beli blouse nie...
Maklumlah, pelbanyakkan baju...
Sok2, nak pi Kursus Intensif senang idup aku...


Sekarang nie, fashion tudung 3 layer...
So, dimerata2 tempat pun banyak...
Tapi bagi peminat tudung bawal...
Masih ada lagi dipasaran yer...
Tengok tu...warna paddle pop lagi!!!


Tengok...bukan setakat blouse...
Skirt pun depa jual harga RM20...
Kalau pandai mix n match...
Memang boleh berjimat la....

Ok...selesai sudah aktiviti meronda...
Moh kita balik siap2 nak gi makan kenduri plak....
Di akhiri dengan gambar saya sendiri...



Bye....bye....




THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

OUTING DENGAN BFF....

Story On 1 Nov 2013....

Hang out together...
Walaupun hanya jalan2 window shopping...


 Nie la bff aku...
Kalu korang follow blog aku nie...
Memang korang boleh tengok...majoriti aktiviti aku mesti melibatkan Cik Pora nie...
Oppsss....nama dia bukan Cik Pora...
Itu nama glamm yg aku suka panggil dia jer...



Owhhh....ada gak sekeping gambar aku terselit....
Abaikan jer masalah baju xkedondong dengan tudung...
Aku yang malas!!!!!!
Nak kuar dekat2 jer...malas nak berhias bagai...

Kata window shopping...
Nengok...kat tangan aku ada barang...
Apakah itu???
Well....aku tengok iron Tefal kat Tesco murah...
Plus brother yang jaga kat bahagian electrical tu siap cakap kat aku...
Iron nie tengah offer...sekarang nie tinggal RM29.90 jer...
Pulak tu, jaminan dengan Tefal 2 tahun...

Nak jer aku cakap kat brother tu....
Xyah promote kaw2...aku memang dah jatuh hati pun...
Nak tau sebab apa???....
Iron nie ringan beb... 0.7 kg jer...
Kalau nak bawak pi travel pun memang boleh sangat2....

Cik Pora tu...test jer kasut tu...
Berniat nak beli...tapi harga kemain mahal...
Pada aku...dengan harga camtu baik beli kasut yang ada brand baik punyer....

Dah abis meronda...apa lagi...
Jom minum kat Pelita Taiping Central....
Layan teh tarik kurang manis....

Begitu la agenda kami...
Simple...but enjoyable time tu yang penting....


THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

ALL COPYRIGHTS RESERVED TO RESPECTIVE OWNER ~ IeDaa SuZiEaNNa ~