Hari ni rajin nak kongsi resipi...
Resipi biasa dan cukup simple...
Ikan talapia masak sweet sour...
Aku nie kan tak suka masak yg payah2...
Hidup banyak nak senang ja...
Bahan-bahan :
1 ekor ikan talapia (nak tukar pakai ikan lain pun
bole...)
4 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar
Halia
Cili padi
Carrot potong panjang2
Tomato
Sos Cili
Sos tiram
Secubit garam
Cara2nya :
1. Ikan
tu dah siang...lumurkan dengan kunyit dan garam secukup rasa...
2. Pastu
panaskan minyak masak dalam kuali.
3. Pastikan
minyak betul2 panas dan kemudian, masukkan ikan...
4. Masak
ikan tu ikut rasa hati..kalau nak garing biar la lama sikit...
kemudian,
ketepikan.
5. Untuk
kuah pulak...masukkan minyak, tumiskan bawang putih, cili padi, halia dan bawang besar
sehingga berwarna kekuningan.
6. Kemudian
masukkan air masak sedikit dan tuangkan 5 sudu sos cili dan
2 sudu sos tiram.
7. Masukkan
secubit garam dan kemudian masukkan carrot dan tomato.
8. Apabila
telah mendidih...kuah tersebut boleh la di tuang ke atas ikan talapia yang
dah
digoreng tadi...
Kan dah cakap...senang ja resipi yg aku nak share...
Sekarang ni...semua jenis nak cepat ja...
Janji siap masak dan enak di makan bersama
keluarga...
Dalam keadaan ekonomi yg tak berapa nak baik ni...
Elok sangat la rajin memasak kat umah...bole jimat
belanja...
Ye tak???
Ok..tu ja...selamat mencuba...
#yangsimpleyangmudahituprinsipaku
#dapurakuresepiakula
#akuyangmasakkauyangpanas
#sukahatiakulanakmasakapapun
No comments:
Post a Comment