Wednesday 7 November 2012

Snowalk di I-City, Shah Alam...

Assalamualaikum...

Sekarang nie musim ujan kat Taiping nie...
Xhenti2 ujan..tiap2 ari ujan...
Jangan sedar2 pagi esok aku tido dalam air..sudah yer...

Ok...aku bukan nak citer pasal banjir...
Sebabkan skrg nie ujan dan membawa aura kesejukan...
Jadi topik ari nie tentang Taman Tema Snowalk kat i-City...
Xlama dulu aku pun berkesempatan untuk merasai kehebatan taman tema nie...
Konon budget2 mcm sejuk yg suam2 kuku jer...
Sekali bila dah masuk...mau sejuk beku aku..
Sampaikan air idung pun terasa laju jer nk menurun...

Untuk korang yg bercita2 nak pegi tempat nie...
Silalah bersiap sedia yer...
Pastikan kasut korang tertutup...jangan la pakai selipar jepun jer masuk...
Kalau nak rasa kaki korang beku..silalah yer...
Kalau boleh...utk yg bawak budak2 kecil..pastikan baju diaorg tebal...
Bagi pakai stoking kaki dan tangan...kang demam korang jugak yg susah...
Aku nie sekadar mengingatkan aje...

Cuti sekolah makin dekat..jadi boleh la bawak anak2 meneroka taman tema Snowalk nie...
Kat bawah nie...ada sikit cerita pasal taman tema nie...
Silalah baca...sambil tu layan la gambar aku kat sana yer...







Taman tema Snowalk di I-City, Shah Alam telah pun dirasmikan pembukaannya pada Hari Krimas tahun lepas (25 Disember 2010). Ianya merupakan taman tema salji terbesar di Malaysia dan bernilai RM20 juta.
Antara tarikan utama bagi pengunjung Snowalk ialah iglu, istana, kapal dan jambatan gantung yang diperbuat daripada salji dan diserikan dengan cahaya lampu berwarna-warni. Terdapat juga pelbagai permainan musim salji yang disediakan di Snowalk iaitu gelanggang luncur ais, keretapi, gelongsor salji dan beberapa permainan kanak-kanak.
Tiket untuk masuk ke taman tema Snowalk adalah sebanyak RM25 bagi orang dewasa dan RM20 bagi kanak-kanak. Bayaran yang dikenakan itu termasuk dengan baju sejuk. Kasut pula boleh disewa dengan bayaran sebanyak RM10.
Snowalk dibuka pada jam 10 pagi hingga 1 pagi untuk hari Isnin hingga jumaat, manakala pada jam 10 pagi hingga 2 pagi pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. Taman tema ini sesuai untuk dikunjungi oleh semua golongan umur dan keluarga.

THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

No comments:

Post a Comment

ALL COPYRIGHTS RESERVED TO RESPECTIVE OWNER ~ IeDaa SuZiEaNNa ~