Friday 23 December 2016

BOWLING SEMPENA PERTUKARAN OUR LOVELY BOSS...



Agenda petang, after office hours...

Actually, plan main bowling nie sebab nak happy2 celebrate Doktor Anusha yang akan bertukar ke luar dari Klinik kami...

Seriously, mmg tak pandai sangat pun main bowling nie...

Tapi sebab beria2 digoda dan di ajak...

Join ja la...utk syok2 ja pun...

Walaupun tak pandai...aku bukan dapat no. last tau...

Jadi la score aku mampu buat 68 jatuhan pin...

Untuk aku yang dah berkurun tak main...kira ok la tu...

Well...jom layan tengok suasana waktu main bowling nie...


Yang penting...semua yang main, dapat hadiah okayyyy....


















































































































Ok...tu ja nak share...

Kepada Doctor Anusha, selamat bertugas di tempat baru...

Wish u all the best...





THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

Sunday 4 December 2016

I CAME, I SAW, I CONQUERED : YOGYAKARTA 2016 ~ CANDI BOROBUDUR...





Kisah Yogyakarta ni dah macam dah basi…
Lama sangat tertangguh…maklumlah, sibuk dengan macam2 hal…
Apapun, aku tetap rasa trip ke Yogyakarta nie yang paling best…
Sebab, banyak tempat2 sejarah yang kami lawati…
Kalau orang lain suka bab shopping di Indonesia…
Tapi tahap aku yang tiap2 tahun ke Indonesia nie…rasa macam dah tak berapa nak menyopping sangat…
Bukan berlagak…tapi lebih kepada just nak tengok scenery yang lain dari yang lain…


Day 2 kat Yogyakarta…of coz la misi ke Candi Borobudur…
Selama ni hanya mampu tengok dalam gambar ja…
Kali nie, dah sampai harusla merealisasikan impian nak jengah tengok Candi pulak…
Alhamdulillah, Allah berikan rezeki untuk sampai ke sini…
Kalau ada yang nak kata…buat apa nak pi tengok benda yang bukan berkaitan agama kita…
Aku cuma mampu cakap….jangan la kita tengok sesuatu perkara tu dengan pemikiran negative…
Yang aku bole cakap…selagi ianya tak mensyirikkan Allah…dan membuatkan kita terpesong…maka, teruskanlah….


Supir kami, Ari susun jadual itinerary kami ke Candi Borobudur pada petang hari…
Kata Ari, supaya kami tak berhadapan dengan cuaca yang panas membahang…
Sebelum tu…meh la aku bagi info sikit pasai Candi Borobudur nie…


Info Candi Borobudur :
Borobudur adalah nama sebuah candi Buddha yang terletak di Kecamatan Borobudur Kabupaten Magelang yang terletak di sebelah selatan 15 km sebelah selatan kota Magelang. Candi Borobudur merupakan candi Buddha, dibina oleh Raja Samaratungga, salah satu raja kerajaan Mataram Kuno, keturunan Wangsa Syailendra. Candi Budha ini mempunyai 1460 relief dan 504 stupa Buddha di kompleksnya. Enam tingkat paling bawah berbentuk bujur sangkar dan tiga tingkat di atasnya berbentuk lingkaran dan satu tahap tertinggi yang berupa stupa Buddha yang menghadap ke arah barat. Setiap tingkatan melambangkan tahap kehidupan manusia.


Aku tak sempat nak ukur Candi nie panjang mana…
Tapi agak letih jugak la kita pusing2…
Tapi kalau pusing tengok keliling sambil amik gambar…yang tu memang tak terasa…
Natijahnya, kamera gopro penuh gambar kat sini ja…


Tangga kat sini takdak pemegang, so sila berhati-hati bila melangkah…
Cuma tangga kat sini tak macam tangga nak naik ke Great Wall Beijing…
Tangga Great Wall tu kejap tinggi, kejap rendah…so, agak memenatkan…
Tangga Candi nie masih ok lagi untuk panjat…sebab Mama dengan Abah masih mampu lagi memanjat…
Dapat je peluang, panjat la sehingga ke tahap tertinggi…sebab bukan tiap tahun nak pi pun…kan?


Well, menikmati terbenamnya matahari di kawasan Candi nie terasa mendamaikan jiwa…
Tak kira dimana pun kita berada, matahari sentiasa menemani kita…
Maka, nikmat Allah mana lagi yang kau dustakan…
Tepuk dada, tanyalah hati…
Nikmat yang Allah izinkan aku untuk tengok, aku abadikan di sini…
Moga dapat dikongsi keindahannya dengan yang lain…


Amaran keras : gambar terlalu banyak..kalau rasa macam nak berdarah hidung...skip cepat2 yaaa.... :)


























































































































Banyak gila gambar.... penat oii nak pilih...nak letak watermark lagi...
Datang jugak la kerajinan aku nak update pasai  Candi Borobudur nie...
Hopefully kerajinan aku akan berganda-ganda lagi...

Well...cukup dulu sampai sini...
Nak layan Gegar Vaganza akhir nie...
Adios Amigos...





nota kaki : orang lain p travel....aku hanya mampu mereput sambil mengenang memori... itu pun indah jugak la pada aku....






THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

ALL COPYRIGHTS RESERVED TO RESPECTIVE OWNER ~ IeDaa SuZiEaNNa ~