Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Friday, 9 June 2023

Shopping di Bukit Tinggi, Padang, Indonesia

Assalamualaikum semua..

Special sikit.. kali ni blog update di Bukit Tinggi, Padang, Indonesia.

Memandangkan esok dah nak terbang balik ke Malaysia, jadi... kita nak share sikit pengalaman shopping di Bukit Tinggi.

Ni just pandangan peribadi saja ya.. tak payah la nak bezakan itu ini.

Bukit Tinggi ni syurga shopping bagi perempuan, terutama bagi kain² sulam dan juga telekung. Sulaman yang halus, teliti, cantik dan kemas. Harga jangan tanya.. sebab perbezaannya mengikut kualiti, hasil sulaman, jenis material dan lain².

Moralnya.. pandai² la tawar menawar dan tilik menilik mana yg lebih murah dan berkualiti.

Bagi rakyat marhaen macam saya...prefer untuk pergi ke Pasar Aur Kuning. Sebab lagi byk pilihan, boleh survey harga dan boleh tawar menawar. Tapi suka diingatkan, Pasar Aur Kuning macam Pasar Siti khatijah.. banyak kedai dan banyak orang²nya. Jadi, sila berjaga² dengan bag² sendiri. Seeloknya di gantung di bahagian depan kita.

Ni nak senaraikan beberapa kedai yg sempat saya membeli belah. Tapi sbb malas menaip.. saya capture plastik bag saja ya.. 







Ni antara gambar² yg sempat dirakam sewaktu shopping. 










Rambang mata tak? Begitu la saya 2-3 hari ni.. beli mana yang mampu ja.. dengan jumlah luggage yg dibeli di pesawat Air Asia.

Ok, tu ja nak share. Simpan sini supaya boleh rujuk balik suatu hari nanti.


Salam sayang dari Bukit Tinggi dan akan kembali ke Malaysia esok pagi jam 11.

~ Suziana Jizan ~


THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

Friday, 30 September 2016

I CAME, I SAW, I CONQUERED : YOGYAKARTA 2016 ~ DAY 2...



Bangun pagi nie...rasa wowww sangat...
Pusing kiri pusing kanan...owh, bukan katil bilik tidoq aku rupanya...
Then, baru la sedar diri... aku tengah bercuti rupanya...
Bangun pagi siap mandi...terus gegas turun breakfast...
Time bercuti nie...aku rasa nikmat betoi la dapat breakfast lama2...
Duduk makan dengan tenang, kunyah makanan slow2...
Memang best la...susah nak explain feeling tu...


Supir kami, Ari sampai waktu kami tengah breakfast...
Sempat lagi dia berpesan supaya kami makan lebih sikit...
Katanya aktiviti kami di hari ke 2 nie perlukan sedikit tenaga...
Permulaan aktiviti kami... lawatan ke Pusat kerajinan Perak Kotagede.


Sedikit info tentang tempat nie :
Kotagede adalah nama sebuah wilayah di Yogyakarta yang sebahagian besar penduduknya
bekerja sebagai tukang Perak. disini kita akan melihat barang kerajinan Perak asli Kotagede seperti cincin, kalung, gelang loket, dan juga beberapa hiasan seperti miniatur kereta kuda, basikal, dan lain sebagainya.









Lawatan seterusnya, kami teruskan ke tempat jual coklat...


Sedikit info tentang tempat nie :
Selain perak, kotagede juga mempunyai coklat yang mempunyai cita rasa tersendiri. Coklat yang dijual mempunyai rasa yang agak pahit layaknya coklat asli, namun tetap saja membuat ketagihan. Harganya berbeza-beza mulai dari Rp 15.000 hingga beratus-ratus ribu rupiah. Sesuai sebagai buah tangan (oleh-oleh).

Selepas makan tengahari, kami teruskan aktiviti ke Gunung Merapi.

Ini antara ativiti yang ditunggu-tunggu...

Rupanya nak ke Gunung Merapi nie pun challenging...
Kena naik jeep hokay...
Jalan nak masuk pun ke dalam pun berbatu-batu...berliku2...
Kesan lahar meletus tu memang kelihatan di merata tempat...
















Gambar kat bawah nie kesan selepas letusan Gunung Merapi....
Penduduk situ kutip dan buat satu tempat macam Muzium...
Untuk letakkan semua barang2 nie...























































Dibelakang kami tu adalah Gunung Merapi...
Tak bole nak capture Gunung Merapi dengan sharp...
Ini ja la yang dapat.... 
Maka redha ja la...
























Tengok gambar sebelum dan selepas...
Sedih sangat....



 Cerita day 2 nie ada sambungan lagi...
Tapi sebab nanti gambar akan jadi maha banyak...
So, aku decide...berhenti setakat ini dulu...
Later, aku sambung dengan cerita Candi Borobudur...



Ok....bye... :)








THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

Wednesday, 14 September 2016

I CAME, I SAW, I CONQUERED : YOGYAKARTA 2016 ~ DAY 1...


THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

Monday, 29 August 2016

I CAME, I SAW, I CONQUERED : YOGYAKARTA 2016 ~ INTRO....





Alhamdulillah...
Syukur ke hadrat Allah...
Masih dipanjangkan umur untuk berblog lagi...


Alhamdulillah jugak trip ke Yogyakarta berjalan dengan lancar...
Walaupun sebelum bertolak, macam2 masalah timbul...
Tapi, bak kata layang2....nak pi jenjalan kan, kenalah happy....


Perjalanan bermula dengan driving dari Parit Buntar ke umah sepupu aku di Bandar Seri Putra...
Terima kasih sudi tumpangkan kami sebelum berlepas pagi esoknya...


23 Ogos 2016, jam 6.30 pagi dah siap nak ke KLIA 2...
Boarding time jam 9.05 pagi...Walaupun takdak luggage nak check in, tapi kena sampai awai sebab takut dapat gate yang jauh...jenoh nak jalan nanti...
Trip kali nie, macam biasa tiket makan tahun...beli dari tahun lepas lagi... sebab harga memang murah gila...So, bertabah lah menunggu...
Macam biasa, bila pi Indonesia, aku memang akan amik package...
Tambah2 mama dengan abah ikut sekali...
Jadi, paling senang, amik pakej yang merangkumi semuanya...hotel, driver, transport, petrol, lawatan ke tempat2 menarik, lunch, dinner, parking fees.
Hasil kegigihan aku yang tak berapa nak gigih... aku amik pakej dengan :

Ganesha Jogja Tour & Travel...
Whatsapp :  +628985101301 (FREE).
Email: ganeshabantul@yahoo.com
FB: jati182@yahoo.co.id (Jati Wijaya)


Aku dealing dengan Jati melalui whatsapp ja... senang citer...
Paling aku suka, pakej yang ditawarkan ada banyak pilihan, pilihla ikut budget atau tempat2 yang kita rasa nak pi...
Dan terpaling aku suka, atas kepercayaan Jati jugak...aku tak payah nak bayar deposit pun...Semuanya terus bayar bila sampai di Yogyakarta...
Alhamdulillah, syukur sangat senang sekali berurusan dengan Jati...
Selain tu, Jati juga maklumkan, hotel yang aku nak duduk tu tak minta deposit untuk booking...
Hotel yang kami duduk sepanjang pakej 4h3m ialah HOTEL NUEVE...

Walaupun tak banyak bintang, tapi yang penting selesa dan dekat dengan Jalan Molioboro...Kalau nak jalan kaki ke situ pun tak la berapa jauh sangat...


Di bawah nie, aku kepilkan pakej yang aku ambik...
Harganya...aku bole cakap, antara yang termurah dalam list survey aku...
Nak lagi senang, whatsapp ja nombor yang aku bagi kat atas tu...dealing terus minta harga kat Jati... then, compare tengok mana yang worth it...








Untuk intro trip Yogyakarta nie... rasanya cukup la dulu...
Trip kali nie, memang penuh dengan tempat lawatan yang menarik...
Dan terpaling aku suka sebab... kurang shopping...
Bagi hantu shopping macam aku...memang bole gila la kalau takat tengok ja...
Tapi bezanya kali nie... aku lagi gila pi melawat tempat2 menarik berbanding dengan shopping...
Buktinya, aku still ada balance lagi duit Indonesia yang aku tukar ari tu...
Dan, kali nie, aku cuma tukar 1 juta Rupiah aja...
Aku pun tak berapa nak percaya...
Tapi itu adalah hakikat... 


Ok, cukup sampai sini dulu...
Nantikan post yang seterusnya...
Doakanlah moga kerajinan aku berganda-ganda....




-------@     @-------








THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

Monday, 14 March 2016

TRIP PULAU PERHENTIAN - PART 1....



Percutian ke Pulau Perhentian nie plan dari last year lagi….
Mula2 kami buat untuk group assignment kami ja…
Tapi biasa la, namapun planning…
Mula-mula ramai…dah dekat nak pi…masing2 ada hal…
Akhirnya…hanya tinggal mereka2 yang gigih saja…




Zally pernah tagged kat aku pasai ni...
Actually...aku setuju sangat2...




To be honest, aku memang sangat berharap plan ni menjadi…
Sebab aku perlukan vacation sangat2…
Lepas abis kursus intensif kat USM….kampoi keja masa aku cuti kat USM….
Memang aku sangat2 stress….


Plan percutian nie juga memang senyap2 ja…
Kat Bff aku pun tak story….
Bukan apa, takut tak menjadi…
Time tu takut malu kena gelak ja la…


Tarikh nie dah di tunda sebanyak 2 kali…
So, memang harap sangat la boleh pi jugak2…
25 hingga 28 Februari 2016…tu date yang Zally pilih…
Untuk merealisasikan plan percutian ni, macam2 halangan kami tempuh…
2 hari sebelum nak pi, awal pagi Zally dah tagged kat FB…
Ada gegaran kecil berlaku kat area Pantai Timur…
Aku dah cuak….laju ja aku Tanya Zally…’so, kita nak pi jugak ka?’
Dan dengan laju jugak Zally jawab….’proceed as per planned…’


Sebabkan trip ni Nizam dgn Mar yang uruskan…
Aku minta depa tanyakan kat agent di sana…
Samaada situasi ok ka tidak?
Sebabkan tak dak feedback yg bukan2…kami teruskan juga percutian ni….


Pagi 25 Feb tu, kul 7 aku dah gigih drive dari PB ke Seberang Jaya…
Janji dengan Zally jam 8 pagi kat Hospital Seberang Jaya…
Tapi last minit bila tau aku ada kat Petronas, dia cakap nak pick up aku kat situ…
Pagi yang mudah bagi kami…
Naik ja keta Zally…mood aku dah gumbira…
Dalam hati cakap…Alhamdulillah, jadi juga plan cuti2 ni…


Aku cut short ja la citer nie…
Sebabkan kami berasingan dengan Mar dgn Nizam…
So, kami jalan ja dulu…lagipun nak cari tempat breakfast…
Tapi malangnya, semua kedai boikot Zally…semua tutup…. 
Last2 kami breakfast cum lunch kat Kuala Long…
Sambil tu tunggu Mar dgn Nizam sekali…


On the same time, Shah plak jemput kami makan kat umah dia…
Rezeki sungguh…tq Shah dan makcik…jamu kami makan sedap2…
Pas kluar dari umah Shah, sambung perjalanan ke Machang…
Plan 1st night memang tidoq kat homestay Machang…
Homestay tepi Hospital Daerah Machang…
Semua urusan homestay dgn pakej di Perhentian…
Memang totally Nizam yang uruskan…
Kami just bawak baju n badan ja…


Malam 1st tu kami pi makan & just pi pusing Wakaf Che Yeh ja…
Jauh jugak la perjalanannya…
Tapi dah sampai Kelantan…takkan tak jalan kot…
Itu ja la agenda kami malam tu…


2nd day….berkobar-kobar dah ni…
Pagi nie memang kena gerak awai…
Target nak naik bot jam 9.30 pagi…
Keluar jam 7, breakfast dulu n pegi pick up Shah…
Sampai kat Jeti Kuala Besut lewat sikit….
Kami tengok ramainya yang nak ke Perhentian…
Semua tengah tunggu bot…




Jeti Kuala Besut...




 Tengok bot banyak2..terus rasa bersemangat...



Dugaan muncul lagi…
Ombak kuat dan Jabatan Laut tak benarkan bot kecik untuk pi ke Pulau Perhentian…
Kami gigih menunggu…dari pagi merangkak sampai ke petang…
Tapi sebabkan memang nk sangat pi…gagah la jugak tunggu…
Agent belum bagi kata putus…
Depa pun tunggu kata putus dari Jabatan Laut…
Makin ramai pelancong yang heret beg balik…


Aku salute dengan geng2 aku nie…
Walaupun berdepan macam2 dugaan, tapi kami masih seia sekata…
Nizam galas tanggungjawab sebagai ketua…
Dia berurusan dengan agent yg jugak kawan dia…
Setiap masa Nizam akan update kami…
Sampaikan ada 1 masa…aku cakap…’alamak, Nizam dah mai…apa pulak cita nie?’


Dalam mengharungi dugaan macam ni…
Zally dah siap suh pikiaq back up plan…
Kalau tak leh pi Perhentian…kita nak pi mana pulak…
Aku cam biasa la…muncung skit…sambil cakap…
Tak mau balik kosong…nak pi Perhentian jugak…
Maybe instinct aku kuat…aku tak update status pun nak pi mana…
Aku just update ada kat area mana ja…
Rupanya memang ada bagusnya…


Dalam pada tu, ramai yang dah angkut beg blah dari situ…
Kami masih setia…lapaq, mengantuk n penat…memang terasa sgt….
Waktu kami tgh lepak makan kopok lekor…
Nizam datang n maklumkan…
Memang tak leh pi hari ni…
Sedih la jugak…sebab dah beria sgt nak pi…


Plan seterusnya, pikiaq nak lepak mana malam nanti…
Kami mmg takdak booking mana2 tempat sbb mmg ingat boleh start pakej di Perhentian hari nie…
Nizam usaha carikan homestay dengan bantuan kawan dia…
Berkat kesabaran…akhirnya Nizam dapat homestay di kawasan berdekatan…
Kata Nizam, esok pagi jam 7 kami dah kena ada di Jeti…
Kami terima n redha ja tak dapat pi untuk hari tu…
Dengan badan yang penat…memang pikiaq nak rehat ja…


Kami dapat homestay kampung…
Cantik sangat…suasana kampung sungguh…
Baru semalam sembang dengan Zally pasai zaman kecik2 dulu…
Duduk di kampung dengan telaga bagai…
Hari nie, dapat merasa umah kampung camnih…
Dengan angin menderu-deru…




Ini la homestay kampung yang aku cakap...
Luas, besaq dan murah...


Petang tu Boy gaduh nak tengok pantai…
Dia quiry sebab sepatutnya hari nie kami dah patut ada di Perhentian…
So, petang tu…lepas berehat kejap…
Minta tolong abang agent tu bawak kami ke pantai yg terdekat…
Dapatla tengok pantai n bergambar…



Ibu anak 3 ni pun teruja melompat...



Get ready nak melompat...




Ok...bukan budak2 ja suka amik gambar lelompat camnih ya...
Hat tua2 bangka cam kami pun tetap jugak gedixx...
Layan hati....memandangkan tak boleh nak jejak Pulau Perhentian ari ni...




Malam tu pas keluar makan, semua pakat masuk bilik…
Masing2 dah penat dan misi esok akan bermula awai pagi…
Hari ketiga yang super duper challenging…


Ok...to be continue...
















THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

ALL COPYRIGHTS RESERVED TO RESPECTIVE OWNER ~ IeDaa SuZiEaNNa ~