Kisah Yogyakarta ni dah macam dah basi…
Lama sangat tertangguh…maklumlah, sibuk dengan macam2 hal…
Apapun, aku tetap rasa trip ke Yogyakarta nie yang paling
best…
Sebab, banyak tempat2 sejarah yang kami lawati…
Kalau orang lain suka bab shopping di Indonesia…
Tapi tahap aku yang tiap2 tahun ke Indonesia nie…rasa macam
dah tak berapa nak menyopping sangat…
Bukan berlagak…tapi lebih kepada just nak tengok scenery
yang lain dari yang lain…
Day 2 kat Yogyakarta…of coz la misi ke Candi Borobudur…
Selama ni hanya mampu tengok dalam gambar ja…
Kali nie, dah sampai harusla merealisasikan impian nak
jengah tengok Candi pulak…
Alhamdulillah, Allah berikan rezeki untuk sampai ke sini…
Kalau ada yang nak kata…buat apa nak pi tengok benda yang
bukan berkaitan agama kita…
Aku cuma mampu cakap….jangan la kita tengok sesuatu perkara
tu dengan pemikiran negative…
Yang aku bole cakap…selagi ianya tak mensyirikkan Allah…dan
membuatkan kita terpesong…maka, teruskanlah….
Supir kami, Ari susun jadual itinerary kami ke Candi
Borobudur pada petang hari…
Kata Ari, supaya kami tak berhadapan dengan cuaca yang
panas membahang…
Sebelum tu…meh la aku bagi info sikit pasai Candi
Borobudur nie…
Info Candi Borobudur :
Borobudur adalah nama sebuah
candi Buddha yang terletak di Kecamatan Borobudur Kabupaten Magelang yang
terletak di sebelah selatan 15 km sebelah selatan kota Magelang. Candi
Borobudur merupakan candi Buddha, dibina oleh Raja Samaratungga, salah satu
raja kerajaan Mataram Kuno, keturunan Wangsa Syailendra. Candi Budha ini
mempunyai 1460 relief dan 504 stupa Buddha di kompleksnya. Enam tingkat paling
bawah berbentuk bujur sangkar dan tiga tingkat di atasnya berbentuk lingkaran
dan satu tahap tertinggi yang berupa stupa Buddha yang menghadap ke arah barat.
Setiap tingkatan melambangkan tahap kehidupan manusia.
Aku tak sempat nak ukur
Candi nie panjang mana…
Tapi agak letih jugak la
kita pusing2…
Tapi kalau pusing tengok
keliling sambil amik gambar…yang tu memang tak terasa…
Natijahnya, kamera gopro
penuh gambar kat sini ja…
Tangga kat sini takdak
pemegang, so sila berhati-hati bila melangkah…
Cuma tangga kat sini tak
macam tangga nak naik ke Great Wall Beijing…
Tangga Great Wall tu kejap
tinggi, kejap rendah…so, agak memenatkan…
Tangga Candi nie masih ok
lagi untuk panjat…sebab Mama dengan Abah masih mampu lagi memanjat…
Dapat je peluang, panjat la
sehingga ke tahap tertinggi…sebab bukan tiap tahun nak pi pun…kan?
Well, menikmati terbenamnya
matahari di kawasan Candi nie terasa mendamaikan jiwa…
Tak kira dimana pun kita
berada, matahari sentiasa menemani kita…
Maka, nikmat Allah mana lagi
yang kau dustakan…
Tepuk dada, tanyalah hati…
Nikmat yang Allah izinkan
aku untuk tengok, aku abadikan di sini…
Moga dapat dikongsi
keindahannya dengan yang lain…
Amaran keras : gambar terlalu banyak..kalau rasa macam nak berdarah hidung...skip cepat2 yaaa.... :)
Banyak gila gambar.... penat oii nak pilih...nak letak watermark lagi...
Datang jugak la kerajinan aku nak update pasai Candi Borobudur nie...
Hopefully kerajinan aku akan berganda-ganda lagi...
Well...cukup dulu sampai sini...
Nak layan Gegar Vaganza akhir nie...
Adios Amigos...
nota kaki : orang lain p travel....aku hanya mampu mereput sambil mengenang memori... itu pun indah jugak la pada aku....

No comments:
Post a Comment