Friday 9 June 2023

Shopping di Bukit Tinggi, Padang, Indonesia

Assalamualaikum semua..

Special sikit.. kali ni blog update di Bukit Tinggi, Padang, Indonesia.

Memandangkan esok dah nak terbang balik ke Malaysia, jadi... kita nak share sikit pengalaman shopping di Bukit Tinggi.

Ni just pandangan peribadi saja ya.. tak payah la nak bezakan itu ini.

Bukit Tinggi ni syurga shopping bagi perempuan, terutama bagi kain² sulam dan juga telekung. Sulaman yang halus, teliti, cantik dan kemas. Harga jangan tanya.. sebab perbezaannya mengikut kualiti, hasil sulaman, jenis material dan lain².

Moralnya.. pandai² la tawar menawar dan tilik menilik mana yg lebih murah dan berkualiti.

Bagi rakyat marhaen macam saya...prefer untuk pergi ke Pasar Aur Kuning. Sebab lagi byk pilihan, boleh survey harga dan boleh tawar menawar. Tapi suka diingatkan, Pasar Aur Kuning macam Pasar Siti khatijah.. banyak kedai dan banyak orang²nya. Jadi, sila berjaga² dengan bag² sendiri. Seeloknya di gantung di bahagian depan kita.

Ni nak senaraikan beberapa kedai yg sempat saya membeli belah. Tapi sbb malas menaip.. saya capture plastik bag saja ya.. 







Ni antara gambar² yg sempat dirakam sewaktu shopping. 










Rambang mata tak? Begitu la saya 2-3 hari ni.. beli mana yang mampu ja.. dengan jumlah luggage yg dibeli di pesawat Air Asia.

Ok, tu ja nak share. Simpan sini supaya boleh rujuk balik suatu hari nanti.


Salam sayang dari Bukit Tinggi dan akan kembali ke Malaysia esok pagi jam 11.

~ Suziana Jizan ~


THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

No comments:

Post a Comment

ALL COPYRIGHTS RESERVED TO RESPECTIVE OWNER ~ IeDaa SuZiEaNNa ~