Friday 30 September 2016

I CAME, I SAW, I CONQUERED : YOGYAKARTA 2016 ~ DAY 2...



Bangun pagi nie...rasa wowww sangat...
Pusing kiri pusing kanan...owh, bukan katil bilik tidoq aku rupanya...
Then, baru la sedar diri... aku tengah bercuti rupanya...
Bangun pagi siap mandi...terus gegas turun breakfast...
Time bercuti nie...aku rasa nikmat betoi la dapat breakfast lama2...
Duduk makan dengan tenang, kunyah makanan slow2...
Memang best la...susah nak explain feeling tu...


Supir kami, Ari sampai waktu kami tengah breakfast...
Sempat lagi dia berpesan supaya kami makan lebih sikit...
Katanya aktiviti kami di hari ke 2 nie perlukan sedikit tenaga...
Permulaan aktiviti kami... lawatan ke Pusat kerajinan Perak Kotagede.


Sedikit info tentang tempat nie :
Kotagede adalah nama sebuah wilayah di Yogyakarta yang sebahagian besar penduduknya
bekerja sebagai tukang Perak. disini kita akan melihat barang kerajinan Perak asli Kotagede seperti cincin, kalung, gelang loket, dan juga beberapa hiasan seperti miniatur kereta kuda, basikal, dan lain sebagainya.









Lawatan seterusnya, kami teruskan ke tempat jual coklat...


Sedikit info tentang tempat nie :
Selain perak, kotagede juga mempunyai coklat yang mempunyai cita rasa tersendiri. Coklat yang dijual mempunyai rasa yang agak pahit layaknya coklat asli, namun tetap saja membuat ketagihan. Harganya berbeza-beza mulai dari Rp 15.000 hingga beratus-ratus ribu rupiah. Sesuai sebagai buah tangan (oleh-oleh).

Selepas makan tengahari, kami teruskan aktiviti ke Gunung Merapi.

Ini antara ativiti yang ditunggu-tunggu...

Rupanya nak ke Gunung Merapi nie pun challenging...
Kena naik jeep hokay...
Jalan nak masuk pun ke dalam pun berbatu-batu...berliku2...
Kesan lahar meletus tu memang kelihatan di merata tempat...
















Gambar kat bawah nie kesan selepas letusan Gunung Merapi....
Penduduk situ kutip dan buat satu tempat macam Muzium...
Untuk letakkan semua barang2 nie...























































Dibelakang kami tu adalah Gunung Merapi...
Tak bole nak capture Gunung Merapi dengan sharp...
Ini ja la yang dapat.... 
Maka redha ja la...
























Tengok gambar sebelum dan selepas...
Sedih sangat....



 Cerita day 2 nie ada sambungan lagi...
Tapi sebab nanti gambar akan jadi maha banyak...
So, aku decide...berhenti setakat ini dulu...
Later, aku sambung dengan cerita Candi Borobudur...



Ok....bye... :)








THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

Saturday 17 September 2016

CERIA HOMESTAY DI TAMAN RIA, TAIPING...




Ceria Homestay terletak di Taman Ria, Taiping.
Terdapat 3 buah bilik, Master Bedroom dipasang aircond dan bilik2 lain dipasang 
kipas...terdapat sebuah toilet dan sebuah bilik mandi...

Sesuai untuk bercuti bersama keluarga, melawat Zoo Taiping dan Taman Tasik 
Taiping, juga bagi mereka yang ingin menghadiri majlis kenduri di kawasan 
Taiping.
Sewa bagi satu malam sebanyak RM200.
Jika berminat untuk sewa harian juga boleh dibawa berunding.
Harga boleh dibincang.

Homestay nie baru siap renovation...
Sapa nak jadi 1st person yang berminat nak sewa...dialu2kan...
Boleh la bodek tuan umah minta murah2 sikit...
Tapi jangan cakap iols yang suruh....
Nie rahsia kita ja tau....






































Lokasi kawasan berdekatan :

Dewan MPT - 15 minit
Zoo Taiping  - 19 minit
Hospital Taiping - 11 minit
Taman Tasik Taiping - 17 minit
Bukit Merah Lake Town - 35 minit
Kolej Komuniti Taiping - 24 minit
ADTECH Taiping - 22 minit
Noble School Taiping - 14 minit
Pusat Latihan Penjara Taiping - 16 minit
Penjara Taiping - 17 minit
Columbia Asia Hospital - 17 minit
Wisma Persetuan Taiping - 15 minit
Majlis Daerah Taiping - 15 minit
Balai Polis Taiping -15 minit
Hotel Taiping Perdana 13 minit
SSL Traders - 22 minit
Tesco - 19 minit
Giant - 16 minit

Untuk tempahan dan maklumat lanjut sila hubungi :

PUAN KHOMSAH   017-5907559
ENCIK MOHD JIZAN   012-5657337


THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

Wednesday 14 September 2016

I CAME, I SAW, I CONQUERED : YOGYAKARTA 2016 ~ DAY 1...


THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

Friday 9 September 2016

KEBETULAN....





Dalam hidup nie, sebenarnya tak ada istilah 'kebetulan'...

Manusia cipta perkataan itu, untuk jadi ubat hati di kala berdepan dengan situasi yang kurang menyenangkan...

Setiap yang terjadi.... semua yang hadir, pergi, singgah dalam hidup kita ada sebabnya.

Cuma Allah yang tahu...

Tapi, di masa akan datang, baru kita akan nampak cantiknya susunan rancangan Dia...








-----@      @-----




THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

Thursday 8 September 2016

BARKING AT THE WRONG TREE...






Kebelakangan nie, aku belajar sesuatu...
Barking at the worng tree...
Hakikatnya....Buang masa ja menyalak pada tempat yang salah ya....
Meaning...kalau korang rasa nak tegur sesuatu yang korang tak puas hati...
Gunakan lah medium yang betul...
Lately nie, ramai yang lebih bersikap terbuka dengan menegur direct di Facebook ataupun lebih gemar viralkan setiap isu...
Selain dapat kurangkan dosa mengata/ mencemuh/ kritik secara terbuka...
Manatau...kot2 ada ianya mendatangkan rezeki sebab nawaitu kita adalah untuk tuan kedai or produk or perkhidmatan tu akan ditambah baik di masa akan datang...
Kita nie, kadang2 nawaitu nak menegur tu dah betoi...
Tapi cara kita guna tu yang salah...
Maka, mai la sama2 kita berubah...
Silalah... menyalak di pokok yang betul !!!




Rezeki aku dapat benda2 nie sebab aku ada antar feedback pasai produk nie...
TQ so much Libresse Team sebab menerima komen yang saya hantar...
Nawaitu yang baik...di balas dengan baik jugak... :)








THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

ALL COPYRIGHTS RESERVED TO RESPECTIVE OWNER ~ IeDaa SuZiEaNNa ~