Saturday 20 January 2018

MISSION 4 TAHUN YANG BERJAYA...



Assalamualaikum ampa semua…..
Tak tau nak mulakan tahun nie dengan ceghita mana dulu…
Kalau nak suruh senaraikan….macam2 nak ceghita tang nih…
Jadi, kita start dengan perkara yang paling menggumbirakan dulu…


Alhamdulillah, dengan rasa berbesaq hati nak habaq…
Kami dah berjaya menyelesaikan misi 4 tahun kami…
Berjaya menghadiahkan segulung ijazah untuk Mama Abah yang tak pernah putus asa suruh kami sambung belajaq…


1 November 2017, tarikh yang cukup cantik untuk dikenang sepanjang hayat kami…
Mesti ada yang kata…baru dapt degree, dah hingaq kannnnn…
Ya, sebab bukan mudah….banyak masa , tenaga, ringgit, ruang dan peluang yang terpaksa kita korbankan…
Bukan calang2 org mampu buat, dan suka jugak kami nak habaq, ramai jugak yang kecundang di tengah jalan…


Sesungguhnya, dipanjatkan rasa syukur pada Allah kerana membuka peluang untuk kami nampak jalan lain disaat kami pernah terluka dengan sesuatu perkara.
Ternyata, Allah duga kita dengan ujian setakat yang kita mampu…
Rupanya kelukaan kami tu, diakhiri dengan pelangi yang sangat indah…
Deep sangat kannnn….


Well, gambaq keseluruhan belum sampai ke tangan kami lagi....
So, kita letak mana yang ada dulu...
Nanti dah sampai gambaq2 tu...
Kami layoq lagi bagi ampa semua tengok...
Selain tu, kami simpan kat sini supaya nnti bila kami rindu, bila kami dah tua, bila kami terlupa....kami boleh tengok balik sweet2 memory nih....


 Masuk ja pintu masuk USM, sana sini penuh ceria dihiasi indah untuk para graduan...
Maklumlah, meraikan para graduan yg berjaya menghabiskan pengajian mereka...
Dan Alhamdulillah, salah seorang graduan itu adalah KAMI sendiri...
Macam tak percaya, tapi hakikatnya...I did it !!!




Antara wajah2 kesayangan kami sepanjang bergelar student PJJ... 
Mereka la kawan2 untuk kami berbincang, bertukaq fikiran, merujuk, malahan tempat kami berletiaq, tempat kami melepaskan marah (bila tak meet dateline utk assignment).... 
Terima kasih kawan2 sebab masih setia dari tahun 1 sampailah ke tahun akhir. 
Tanpa anda semua, tak mungkin kejayaan ini jadi milik kita bersama.
Ampun maaf dipinta, mohon jangan kecik hati dengan kata2, arahan, amarah kami kat ampa semua...Sesungguhnya, marah sebab sayang, marah sebab tak mau kita semua alpa...



Ini antara gambar yang paling kami suka....
Mereka semua sumber kekuatan dan semangat kejayaan bagi misi 4 tahun kami ni...
Terima kasih kawan2...



Wajah2 kegembiraan...
Rasa macam cramp muka asyik senyum jaaa...



Tengok gambaq ni...
Rasa macam nk sambung amik Master...
Semangat berkobaq2 plak...



Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami sehingga berjaya menggenggam segulung Ijazah...Hadiah buat mereka2 yang kami sayang...



Inilah antara wajah2 kesayangan kami...
Yang selalu setia memberikan semangat, mendengar luahan hati...
Buat BFF kami, terima kasih sebab curi masa untuk datang tengok hari bersejarah kami ni...Kongsi sebahagian kegembiraan kami...
Dari zaman sekolah menengah sehingga sekarang, dia masih setia dengan kami...Semoga akan terus setia sehingga kita meniti hari2 tua bersama naaa...



Terima kasih juga buat kesemua kaum keluarga kawan2 kami...
Dan tak lupa jugak pada BFF kami, Nieda...
Terima kasih sudi hadir di majlis konvokesyen kami ni...
Majlis ni bukan saja meraikan kejayaan kami, tapi medan menemukan kami dgn keluarga kawan2 yg datang dari segenap negeri.
Terima kasih semua...



Terima kasih Mama Abah...
Sebab selalu ada di setiap saat dan ketika...
Memberi kata2 perangsang, kata2 semangat...
Di saat terjatuh....tersungkur....
Kejayaan ini sesungguhnya hadiah buat Mama dan Abah...
Sayang Mama Abah sangat2...



 Begitulah alkisah permulaan story untuk tahun nie...
Walaupun dah sikit basi, sebab makan bulan nak upload story dan gambar...
Namun, kenangan manis ni takkan pernah basi dalam hidup kami...
Betapa teruja dan gembiranya kami, hanya Allah saja yang tau...
Semoga tahun ni, kita semua akan terus sukses...








THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

No comments:

Post a Comment

ALL COPYRIGHTS RESERVED TO RESPECTIVE OWNER ~ IeDaa SuZiEaNNa ~