2 hari nie hidup aku sedikit huru hara…
Allah nak lorongkan macam2 perkara untuk aku…
Aku kenal nikmat persahabatan sejati…
Aku kenali erti kejujuran dalam perhubungan…
Banyak aku belajar dalam tempoh nie…
Buat mama abah, terima kasih sebab masih setia berdiri di belakang
anakmu ini… Memberi khidmat nasihat seperti selalu… Hampir2 aku nangis
menghadap semua dugaan ni… Terima kasih sebab setuju dengan keputusan anakanda
untuk ikut instinct hati sendiri…
Ampun maaf aku ucapkan pada Z, sebab aku tak berlaku jujur dalam
persahabatan kami… Lain yg aku plan, tapi lain yg mendatang… Tq so much sebab
tak marah sikit pun, malah di saat aku kecundang, dia tanpa silu meminjamkan
telinga dan bahu untuk aku sandarkan keresahan hati… Malahan masih menawarkan
pakej yang mampu membuatkan aku tersenyum… Tq sebab tak pernah give up ada
kawan macam aku nie..
To adik D, tq sbb masih setia dengan akak yg degil nie… Memberi
nasihat walaupun kadang nasihat tu sepatutnya untuk diri dia sendiri… Selalu
akak yg dengar keluhan kamu, tapi kali nie…. Dipinjamkan telinga untuk akaknya
nih… Apa yang dibebelkan ada betulnya jugak…. Kalau tak, takkan ada org pernah
kata, hakikat memang menyakitkan.
Terima kasih buat luvly housemate yg sentiasa ada mendengaq keluh
kesah aku setiap hari tanpa jemu…
Buat partner keja aku, DL… Setiap hari aku khabarkan pada dia
instinct aku… Walaupun tgh tunggu masa untuk bersalin, tapi dia terima amanat
aku dengan rela hati. Betapa tak berkiranya dia dengan aku. Budi baik kamu,
akak akan kenang.
R, kakak opis kesayangan…walaupun kadang bergaduh manja…Tapi dia la
buah semangat aku… Ada tiap waktu, memberi semangat dan idea yg kadang2 tak
tercapai dek akal aku… Terima kasih kak R, masih setia dengan saya dari dulu sampai sekarang....
Ya Allah Ya Tuhanku,
Betapa beruntungnya aku…Kau berikan mereka2 disekeliling yang
sangat2 menyenangkan hatiku… Mungkin aku tak diberikan nikmat seorang suami,
tapi mereka2 disekelilingku ini dihadirkan dengan penuh kasih sayang, prihatin
dan baik. Kerana mereka2 ini, aku terima dugaan ini dengan penuh redha.
No comments:
Post a Comment