Wednesday 11 December 2013

PARENTING STYLE - AUTORITATIF, AUTORITARIUM, PERMISIF...

Well ari nie...
Ada mood sikit baik...
So, aku nak kongsi cara @ gaya didikan untuk membesarkan anak2...
Well, dalam dunia yang mencabar nie, banyak cabaran2 untuk membesarkan anak...
Moga info di bawah dapat membantu...


Gaya asuhan ibu bapa menurut Baumrind (1971) adalah terbahagi kepada tiga jenis, iaitu 
gaya asuhan autoritatif, gaya asuhan autoritarian, gaya asuhan permisif. 
Ketiga-tiga gaya asuhan ini perlu diketahui oleh ibu bapa agar mereka dapat memilih jenis gaya asuhan yang sesuai diaplikasikan ketika berinteraksi dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya tidak terlalu terikat kepada satu-satu gaya sahaja, malah sebaliknya mengamalkan pelbagai gaya mengikut keperluan mendisiplinkan anak-anak. 



Gaya Asuhan Autoritatif 

Ibu bapa yang autoritatif mengawal dan bertanggungjawab terhadap anak anak mereka. 
Gaya asuhan mereka yang bersifat rasional dan demokratik dapat membentuk anak-anak yang berfikiran positif, aktif bersosial, bertanggung jawab, dan mempunyai kompeten daripada aspek kognitif. Hasil kajian mendapati bahawa komunikasi antara ibu bapa dan anak yang baik, suasana keluarga yang tenteram dan beberapa ciri asuhan autoritatif yang baik akan 
menghasilkan remaja yang bersikap positif (Clark dan Shields, 1997; Sokol-Katz et al., 1997). 

Alice Rani (1998), telah mengkaji terhadap hubungan antara gaya asuhan keluarga dan 
pembentukan personaliti remaja. Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar lelaki dan seramai 74 orang. Penyelidik menggunakan soal selidik Parental Behaviour Inventory (PBI) dan Junior Eysenck Personaliti (JEPI). Dapatan kajian menunjukan bahawa kebanyakan responden yang diasuh dalam keluarga yang mengamalkan bentuk asuhan amalan demokratik iaitu kebanyakan ibu bapa remaja telah terdedah dengan cara mendidik dan mengasuh anak-anak yang lebih baik dan bertimbang rasa . Kajian ini memberi gambaran kepada ibu bapa supaya mempertingkatkan usaha untuk memperbaiki semula kemerosotan pengaruh gaya didikan anakanak . Ibu bapa perlu sentiasa mendalami ilmu pengetahuan terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan perhubungan antara ibu bapa dan anak. 

Menurut Baumrind (1989), kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang demokratik 
cenderung menjadi lebih bertenaga, suka menjelajah, mempunyai perasaan ingin tahu tinggi, 
berdedikasi, dapat mengawal diri, puas hati dengan diri dan bersikap positif terhadap rakan 
sebaya.


Gaya Asuhan Autoritarian 

Ibu bapa yang mengamalkan gaya asuhan autoritarian pula mempunyai sifat kawalan 
yang tinggi, tetapi kurang dalam tanggungjawab. Anak-anak yang dibentuk akan mempunyai 
ciri-ciri seperti berfikiran negatif, sering memberontak, pendendam, bimbang, cemas, khuatir, 
pendiam, pemalu, konsep kendiri rendah dan kurang motivasi untuk berdikari. Mereka akan 
bertindak bermusuhan sekiranya dikecewakan. 

Gaya keibubapaan ini menggambarkan ciri-ciri kesan negatif terhadap konsep kendiri 
anak kerana anak akan mempunyai kemahiran sosial yang lemah, menjadi individu yang terlalu agresif atau terlalu pasif serta mempunyai mood yang tidak menentu (Bee dan Boyd, 2002). Kajian mendapati bahawa kanak-kanak yang seringkali dihukum dan seringkali menyaksikan tingkah laku devian atau tingkah laku agresif dalam keluarga mempunyai risiko yang tinggi dan menghadapi kesukaran dalam penyesuaian kendiri (D’Angelo et al., 1995). 

Bandura dan Walters (1959), penyelidikan mendapati bahawa remaja yang delinkuen dan 
agresif berasal daripada keluarga yang ibu bapa mereka menggunakan hukuman fizikal secara berlebihan dan menegakkan disiplin kepada anak-anak. Kajian oleh Lawrence (Mohd Salleh, 1986), mendapati remaja yang diberi kasih sayang terlalu keras atau tidak ambil peduli, autokratik, pasif serta diskriminasi oleh ibu bapa akan menghasilkan anak-anak remaja yang bermasalah, memberontak dan menuju tingkah laku yang terpesong dan menyeleweng.



Gaya Asuhan Permisif 

Gaya asuhan permisif pula adalah merujuk kepada ibu bapa mesra dan bertanggung 
jawab, tetapi lemah dalam kawalan dan akan mengakibatkan anakanak terlalu bergantung, 
mempunyai permintaan yang tinggi dan impulsif. Ibu bapa yang mengamalkan gaya asuhan 
permisif juga tidak mengambil berat terhadap anak-anak dan akan melahirkan sikap kecewa di kalangan anakanak. Mereka merasakan ibu bapa lebih mementingkan hal mereka berbanding urusan menguruskan anak-anak (Santrock, 1972). 

 Kekurangan kawalan dari ibu bapa, tingkah laku agresif dan kegagalan dalam 
persekolahan semasa kanak-kanak sering dikaitkan dengan gejala-gejala seks bebas, 
pengambilan alkohol dan dadah semasa remaja serta tingkah laku anti sosial ( Caspi, et al., 1995; Moffitt, 1993). 


Kesimpulannya, setiap gaya didikan yang digunakan oleh ibu bapa dalam mendidik anak mereka mempunyai baik dan buruknya sendiri. Sebagai ibu bapa, kita hendaklah memilih gaya didikan yang sesuai supaya anak terbabit menjadi seorang yang mempunyai nilai positif di dalam dirinya. Mereka yang dibesarkan dalam persekitaran dan pendekatan yang positif akan menyumbang kebaikan kepada diri sendiri, masyarakat dan seterusnya kepada negara.



THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

1 comment:

  1. salam, boleh saya tahu info bacaan datang dari mana? (Saya sedang mencari sumber bacaan :))

    ReplyDelete

ALL COPYRIGHTS RESERVED TO RESPECTIVE OWNER ~ IeDaa SuZiEaNNa ~