Thursday 24 July 2014

APA YANG BOLEH DI CLAIM DENGAN PIHAK PLUS...

Assalamualaikum...

Dah ada ke yang dah mula bercuti???
Yang dah balik kampung....dah ada ke???


Tajuk ari nie ada kena mengena dengan balik kampung...
Dah sah2 yang mana ada kampung tu...wajib la balik ke kampung...
Kalu tak balik...hoiii xmeriah la raya...
Tu kalau aku la...
Pada korang plak camne???

Bagi anak2 di perantauan...raya2 nie mesti balik kampung, kan??
Bagi yang jauh mesti gunakan lebuhraya...betul tak???
Korang tahu tak kenderaan yang melalui Lebuhraya telah diinsuranskan??
Pada yang dah tahu tu....bagus lah...
Pada yang belum tahu...mai la sama2 kita amik tahu...

Kata orang malang tak berbau...
Dah semestinya kita tak minta semua tu terjadi...
Tapi...sapa kita nak tolak takdir Allah, kan???

Aku mulakan dengan cerita sorang member aku ni...
Kami on the way ke Ipoh time tu...
Nak dijadikan cerita...sampai di satu tempat nie...
Ada objek di atas lebuhraya tu yang dah xmampu member aku nie nak elak...
Biasa la...atas lebuhraya tu kadang2 ada serpihan barang2 yang di bawa jatuh...
Contohnya...lori bawak barang2 terpakai...
Kadang2 barang2 tu berterabur jatuh atas lebuhraya dan benda2 camni bila dilanggar 
boleh mengakibatkan tayar kereta kita pancit...
Ini terjadi pada member aku...
Kami berhenti tukar tayar kereta...
Member aku siap rekod kejadian tu di kilometer berapa....
Siap ambik gambar lagi...
Nasib baik la, tayar spare tu ada angin...
Kalu tak...mau meraung tunggu bantuan sampai...

Pastu kami teruskan perjalanan...
Sampai di Plaza Tol, member aku terus bagitau kat budak jaga tol tu...
Saya nak buat aduan, kat mana boleh jumpa Pengurus...
Aku pun terpinga2...dah kenapa dia nih nak jumpa Pengurus segala bagai...


APA YANG CUBA AKU SAMPAIKAN???

Jika memandu di Lebuhraya, kita selalu terserempak dengan objek2 yang menghalang perjalanan
kita seperti serpihan tayar, bumper, besi, batu, kayu dan lain2 lagi. Jika kita terlanggar atau kenderaan kita mengalami kerosakan, tahukah anda boleh claim dengan pihak PLUS? Ini adalah kerana semua kenderaan yang melalui Lebuhraya telah di insurankan.
Caranya mudah, ikuti langkah2 di bawah :

1. Hubungi Plus Ronda di talian 1800 88 00 00 ( pakat2 save la nombor telefon nie yer, penting ni) ataupun, bagi yang mengalami tayar pancit sila ambil gambar keadan tayar sebelum di buka dan punca akibat dari tayar pancit itu. (cth : tempat dimana tayar tu kena serpihan).

2. Beritahu PLUS atau ambil gambar lokasi kemalangan disebabkan halangan tersebut, pastikan di kilometer berapa dan arah ke mana.

3. Jika kenderaan anda masih boleh bergerak keluar di mana2 plaza tol yang berhampiran. Pastikan resit diambil. Kalau touch & go atau Smart Tag kena print dari Website Plus.

4. Sila buat laporan di kaunter plaza tol. Kemudian pihak Plus akan pastikan benar kejadian tersebut dan pihak Plus akan ambil gambar bukti kenderaan anda.

5. Buat laporan di Balai Polis Trafik yang berhampiran atau di kawasan kemalangan tersebut berlaku.

6. Kemukakan claim kepada Plus beserta laporan polis dan gambar kenderaan anda sebelum dibaiki dan selepas dibaiki. Sila tanya kepada pekerja Plus, mereka akan berikan borang untuk anda isi.

7. Plus akan membayar ganti rugi kepada anda dalam masa 14 hari dari tarikh anda kemukan report polis dan gambar.


Info nie aku dapat atas pengalaman member aku sendiri...
Jadi aku kongsikan di sini...
Maklumlah....semua nak balik beraya...
Ramai yang menggunakan Lebuhraya...
Ketahuilah hak anda di atas Lebuhraya....

Salam kosong-kosong yer...ehhh...silap...
Salam Aidilfitri buat semua...
Hati-hati di jalan raya...moga semua selamat pulang ke pangkuan keluarga...



THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

No comments:

Post a Comment

ALL COPYRIGHTS RESERVED TO RESPECTIVE OWNER ~ IeDaa SuZiEaNNa ~