Monday, 17 June 2013

UCUK SAYANG DAH SELAMAT BERSEMADI......

Assalamualaikum...

Minggu lepas, wall fb aku penuh citer pasal UCUK...
Untuk pemahaman lanjut...Biar aku mula bercerita dari awal....


9 Jun 2013....Ucuk masih normal...Sihat, aktif dan manja seperti biasa...
Petang-petang, aku suka bawak Ucuk, Oya dan Cherry main-main atas tanah...
Tujuannya, sebab nak beri kebebasan untuk diaorang melompat, mencari makan sendiri...
Dalam diaorang 3 beradik...Ucuk yang paling kecik...
Sebab tu aku lebih beri perhatian pada Ucuk...


Ucuk dgn Oya suka betul kalu dilepaskan atas rumput...
Tapi diaorang xde la merayap atau melompat jauh2...
Moralnyer, senang la nak jaga diaorang nih...


12 Jun 2013 - abah sms bagitau...Berita sedih...
Ucuk kena serang dengan binatang liar dari bawah sangkar dia...
Kata abah, sebelah kaki patah, sebelah kaki putus terus...
Time tu, aku rasa sedih sangat...
Rasa macam nak lari balik time tu jugak...
Tapi aku ada tanggungjawab lain...
Kenala bersabar sampai hari Jumaat jugak...


14 Jun 2013 - Aku minta balik awal...
Pas tengahari jer, aku terus pecut balik kampung...
Xsabar nak tengok Ucuk...
Aku tipon abah, suruh siapkan bekas nak bawak Ucuk pi jumpa veterinar...
2.45 ptg, aku bawak Ucuk, Oya dan Cherry pi jumpa Veterinar...
Takut diaorg ada jangkitan..
Penolong Pegawai Veterinar tu cakap...Oya dan Cherry ok, cuma luka sikit2 jer..
So, dia ada bekalkan ubat...
Untuk Ucuk plak...Dia cakap, dah xboleh nak buat apa dah...
Sebab tulang yg patah tu pun xboleh nak buang...
Sebab, bagi anak arnab, diaorang nie xkuat semangat macam kucing...
Takut bila buang, nanti ada pendarahan yang boleh mengakibatkan kematian...
Jadi, aku decide biarkan jer la...
Kalau panjang umur, dah besar nanti baru buang kaki tu...
Untuk Ucuk, disarankan untuk diberikan susu...


15 Jun 2013 - Pagi tu aku bangun awal nak susukan Ucuk...
Tapi pagi tu dia dah xnak lagi minum susu...
Dia pun dah nampak lemah sangat...
Aku terus cakap 'pergi lah Ucuk, kalu itu yang boleh menghilangkan semua sakit Ucuk...'
Aku dah xboleh nak tahan lagi...
Air mata aku dah merambu-rambu...
Aku letakkan dia dalam sangkar, bagi peluang untuk dia berada bersama-sama ibunya...
Biar diaorang tengok keadaan Ucuk yang dah tak bermaya tu...
Aku pulak lari masuk dalam umah...
Menangis kat dalam bilik teresak-esak...
Tak sanggup lagi nak tengok...

Tengahari - Tepat jangkaan aku, Ucuk 'pergi' jugak untuk selamanya...



Aku redha, biarkanlah dia pergi agar dia tak terus menanggung kesakitan lagi...
Pergi lah sayang, Mommy izinkan...
Mommy akan merindui Ucuk dan selamanya Mommy sayang Ucuk...
Takkan ada pengganti lain sehebat Ucuk...



THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

ALL COPYRIGHTS RESERVED TO RESPECTIVE OWNER ~ IeDaa SuZiEaNNa ~