
Makanan Bercili
Ketika menghidap gastrik, anda adalah sama sekali dilarang makan makanan yang pedas/ menggunakan cili walaupun ianya hanyalah sos cili apatah lagi sambal belacan. Bak kata doktor, apa yang dirasa di perut, tak dirasa di mulut.
Makanan Masam
Selain makanan yang pedas, anda juga perlu berpantang daripada makan makanan yang masam seperti jeruk dan juga keju. Ya, anda tidak boleh makan pizza dan juga burger ber 'cheese'.
Kopi
Kebiasaannya zaman belajar memang tak boleh lari daripada kopi. Jadi, elakkan minum kopi kerana ianya mengandungi kaffein yang menghakis perut anda.
Minuman Bergas & Makanan Berangin
Elakkan minum minuman bergas dan makanan berangin kerana ianya akan membuatkan perut anda berangin
Gas asid hidroklorik + gas karbonat = Cirit birit/ muntah/ perut lebih sakit
Anda digalakkan untuk melebihkan minum susu dan juga makan dalam kuantiti yang sederhana tetapi kerap kerana asid yang dihasilkan perut itu akan membuatkan anda kerap lapar daripada biasa.
Biasanya apabila anda menghidap gastrik, anda perlu mengambil ubat yang diberi sekitar 2 hingga 8 minggu. Sekiranya tempoh 8 minggu itu anda masih belum pulih, mungkin anda terpaksa perlu membenarkan doktor memasukkan kamera kedalam perut anda untuk melihat suasana dalam perut anda.
NOTA KAKI...
Kalau xmo perut anda dirobek2 dek En Doktor...silalah jaga pemakanan anda!!!...

No comments:
Post a Comment