Thursday 27 December 2012

TIPS MEMBINA KELUARGA BAHAGIA...


 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia Oleh Dr Fadzilah Kamsah



1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.



Tips nie utk membina keluarga  bahagia...
Lately nih, ramai sangat yg membina masjid...
Maklumlah cuti sekolah..kan...
So, jangan hanya pandai membina masjid...
Tapi bajailah masjid yg dibina tu dengan kebahagiaan di dalamnya...
Lelaki dilahirkan untuk menjadi pemimpin kepada isteri dan anak2nya..
Oleh itu, pelajarilah ilmu ramuahtangga supaya masjid yg didirikan itu teguh sehingga ke akhir hayat...


Dalam Surah Al-Furqan ayat 74 ada menyebut ;

"Dan mereka yang diredhai Allah iaitu orang-orang yang berdoa dengan berkata, "Ya Tuhan Kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa". "

Ayat ini juga adalah doa untuk memohon keluarga bahagia. 
Amalkanlah membaca ayat ini setiap kali selepas solat.



THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

No comments:

Post a Comment

ALL COPYRIGHTS RESERVED TO RESPECTIVE OWNER ~ IeDaa SuZiEaNNa ~