IPOH -  Akibat tidak berpuas hati kerana diarah berpindah ke unit lain, seorang lelaki bertindak menetak Pengarah Hospital Taiping sehingga parah menggunakan sebilah parang sepanjang dua kaki hari ini.
  
Dalam kejadian pada 11.20 pagi di hospital berkenaan, Dr Mohd Yassim Abdul Rahman cedera di badan, kepala dan tangan selepas cuba menahan asakan serta tetakan oleh seorang petugas di Jabatan Pengimejan dan Diagnostik hospital itu yang berusia 53 tahun.
  
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping DSP Leong Wen Yew berkata, kejadian berlaku ketika pengarah itu pergi ke pejabat suspek untuk menemuinya dan mereka dipercayai bergaduh kerana suspek diarah berpindah ke unit lain dan diminta mengosongkan pejabat unit sedia ada.
  
Akibat tidak berpuas hati, suspek beredar dari situ dan kemudian datang semula membawa sebilah parang sebelum menetak mangsa di ruang legar berhampiran Unit CT Scan hospital berkenaan, katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.
  
Beliau berkata pengarah itu yang dipindahkan ke Hospital Selayang, Selangor untuk rawatan lanjut pada pukul 1 tengah hari turut mengalami patah tulang lengan.

Keadaannya dilaporkan stabil. Wen Yew berkata, polis percaya parang itu telahpun disediakan lebih awal kerana difahamkan ketegangan antara mereka terjadi sebelum berlaku insiden hari ini.
  
Suspek melarikan diri sebaik sahaja kejadian itu berlaku dan sehingga kini belum dapat dikesan walaupun polis menjejaki suspek di rumahnya, katanya.
  
"Kami meminta suspek menyerahkan diri kepada polis. Kami percaya suspek tidak pergi jauh," katanya.
  
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata atau benda berbahaya lain yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh didenda atau sebatan. - Bernama
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Perkongsian berita di atas adalah kerana ianya berdekatan dengan tempat kerja aku...
Tiada kaitan hidup atau mati yer dengan apa yg aku tulis kat bawah nih!!!

Pendapat aku nie xde kena mengena dengan berita di atas!!!...
Hanya nak bercakap berdasarkan pengalaman hidup 10 tahun bekerja di bawah boss yang pelbagai rupa, perangai dan karektor...
KALU JADI BOSS......
Jangan la fikir diri selalu betul...Kadang2 ada anak buah lebih pandai dari boss!!! (Sila terima hakikat!!) 
Belajar menerima pendapat orang bawahan....Kalau rasa xsesuai...bagitau la sebab...Jangan main tolak bulat2...Biar staff faham kenapa idea dia di tolak...
Kadang2 walaupun kecil, sila la beri penghargaan kepada staff2 supaya mereka rasa dihargai dan in future mereka akan bekerja lebih bersungguh2...(Kata2 good job @ Well done @ terima kasih krn menjayakan program nie...- pun bermakna anda tahu menghargai susah payah staff uoll...xperlu keluarkan duit beli hadiah pun!!!)
Jangan la underestimate staff uoll...Sometimes, kita xtau kelebihan orang lain...Manatau, staff uoll tu sebenarnya lebih pandai buat keje...(aku nak bagitau...dalam dunia nie...ada yg pi belajar tinggi2 sampai dapat degree, dapat master..tapi xpandai buat keje...dan ada jugak yg xbelajar tinggi, tapi pandai buat keje...situasi nie aku pernah lihat dengan mata kepala aku sendiri!!!...) 
Yang nie paling penting...Mentang2 ko boss, Jangan suka2 hati dok ugut staff konon nak bagi markah sikit...Perangai tolongla jadi matang sikit!!!...Kalau staff ko bagus, bagila markah lebih....Bukan kena bayar duit sekupang pun... Ingatla, bila kita tolong orang, Allah akan balas perbuatan baik kita tu!!!...
Janganla dengki dengan staff sendiri.... Bila tengok staff ko pakai baju lawa2, xpayahla dok dengki sangat..."Amboiiii, cantik sangat ari nie...nak pi mana???" - tu antara ayat2 dengki tahap gaban...Mostly ayat puaka dari boss2 wanita!!!...Aku cakap nie, bukanla bermakna semua boss wanita camtu...Ada beberapa kerat jer la!!!....
Jadi boss, janganla riak / takbur dengan rezeki yg Allah bagi...Ingat!!! Allah boleh tarik apa yang diberi dalam sekelip mata saja... Belajarlah duduk sama tinggi dengan staff sendiri.  Xsalah kalau kita merendahkan diri untuk  mengenali siapa staff kita sendiri... Elakkan dari mendengar hasutan dari staff yg hanya tau nak bodek uoll jer boss2 yer!!! Pandai2la pakai kepala otak untuk menilai sesuatu...Bukan kepala lutut yer!!
Jangan biarkan emosi mengatasi akal...
Jangan biarkan hati memerintah akal waras anda!!!!
SILA RENUNGKAN BERSAMA2 YER!!