Thursday 18 October 2012

Diskaun 10% Untuk Bayaran PTPTN...


Dah 2 malam aku asyik terfikir pasal diskaun nie...
Opppssss...bukan diskaun sale kat Supermarket yer...
Tau la aku nie mmg kaki shopping..
Tapi takkan la tiap masa dok fikir pasai shopping jer...
Insaf sikit yer!!! Mengucap byk2...

Bagi orang yg berhutang dgn PTPTN macam aku nihhh...
Bila dengar diskaun jer..mesti rasa ringan sikit la beban yg digalas bahu nie..
Alhamdulillah, dalam budget yg dibentangkan bulan lepas..
Kerajaan dengan besar hati telah memberikan.......
Diskaun PTPTN - bagi peminjam yang membayar secara konsisten mengikut jadual mulai 1 Oktober 2012 akan diberikan diskaun 10% setahun.

Aku rasa korang jugak mesti tertanya-tanya macam2 persoalan..
Kategori macamana yg akan dapat diskaun nie?...
Diskaun 10% tu akan diberi dalam bentuk macamana?..
Adakah org yg telah disaman layak dapat diskaun nie?...
Haaaaaaaa....ada lagi soalan.....
Sah2 la kalau aku tulis sume persoalan korang tu panjangnya berkajang2...
Apakata meh ikut aku dapatkan jawapan penuh utk sume pertanyaan tu...
Jom......kita baca kat bawah nie....jom la ramai2....

SOALAN 1 
Siapakah yang layak menerima pemberian diskaun 10%?
Jawapan : 
Peminjam/ penerima biaya PTPTN yang membuat ansuran bayaran balik 
pinjaman/ pembiayaan mengikut jadual bayaran balik  yang ditetapkan 
selama dua belas (12) bulan berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke 
hadapan mulai 1 Oktober 2012. 

SOALAN 2 
Saya telah membuat bayaran balik pada setiap bulan  mengikut jadual 
bayaran balik yang ditetapkan semenjak dahulu. Adakah saya layak untuk 
mendapat pemberian diskaun 10%? 
Jawapan : 
Peminjam layak diberikan diskaun 10% ini mulai pembayaran            1 
Oktober 2012. Bayaran balik yang dibuat sebelum 1 Oktober 2012 tidak 
diambilkira bagi pemberian diskaun ini.  Pengiraan  dua belas (12) bulan 
adalah mulai 1 Oktober 2012. 

SOALAN 3 
Saya telah membuat bayaran balik ansuran bulanan melebihi daripada 
ansuran bulanan yang ditetapkan selama dua belas (12) bulan berturutturut? Adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%? 
Jawapan : 
Peminjam layak diberikan diskaun 10% mulai pembayaran 1 Oktober 2012. 
Bayaran balik yang dibuat sebelum 1 Oktober 2012 tidak diambil kira bagi 
pemberian diskaun ini. Pemberian diskaun 10% adalah berdasarkan 
kepada jumlah bayaran balik yang dibuat dalam tempoh dua belas (12) bulan. 
Contoh pengiraan : 
Jumlah bayaran balik mengikut    : RM2,100 
Jadual bayaran balik (12 bulan)   
Jumlah bayaran balik yang diterima (12 bulan)  : RM3,000 
Pemberian diskaun yang diberikan    : RM   300 
(10% x RM3,000) 

SOALAN 4 
Saya membuat bayaran balik setiap bulan tetapi tidak mengikut jadual 
bayaran balik iaitu kurang daripada ansuran yang ditetapkan, tetapi 
berturutan selama dua belas (12) bulan. Adakah saya layak mendapat 
pemberian diskaun 10%? 
Jawapan : 
Tidak layak.Pemberian diskaun 10% hanya diberikan kepada peminjam 
yang membuat bayaran ansuran berdasarkan kepada jadual bayaran balik 
yang ditetapkan. 

SOALAN 5 
Saya membuat bayaran balik melalui kaedah potongan gaji, adakah saya 
layak menerima pemberian diskaun 10%? 
Jawapan : 
Layak, sekiranya potongan gaji dibuat berdasarkan ansuran jadual bayaran 
balik yang ditetapkan. Diskaun hanya diberi bagi amaun potongan gaji 
bermula 1 Oktober 2012. 

SOALAN 6 
Dalam bentuk apakah pemberian diskaun 10% ini diberikan?
Jawapan : 
Pemberian diskaun 10% diberikan dalam bentuk pelarasan akaun.

SOALAN 7 
Bilakah pemberian diskaun 10% akan diberikan kepada peminjam? 
Jawapan : 
Pemberian diskaun 10% akan diberikan selepas peminjam menyelesaikan 
tempoh bayaran balik dua belas (12) bulan secara berturut-turut atau dua 
belas (12) bulan ke hadapan.

SOALAN 8 
Saya telah dikenakan tindakan saman/ penghakiman, tetapi membuat 
bayaran balik secara ansuran berturutan selama dua  belas (12) bulan 
(selepas Bajet 2013 diumumkan). Adakah saya layak untuk pemberian 
diskaun 10%? 
Jawapan : 
Layak sekiranya ansuran bayaran balik berasaskan jadual bayaran balik 
selepas penghakiman dan peminjam juga digalakkan untuk membuat 
pertukaran pinjaman kepada pembiayaan Ujrah. 

SOALAN 9 
Berapa kalikah diskaun 10% diberikan kepada peminjam? 
Jawapan : 
Pemberian diskaun 10% akan diberikan tanpa had (masih dalam jadual 
bayaran balik sebenar), tertakluk kepada peminjam membuat bayaran balik 
untuk setiap tempoh dua belas (12) bulan secara berturut-turut atau dua 
belas (12) bulan ke hadapan. 

SOALAN 10 
Saya telah membuat bayaran balik (sebelum Bajet 2013 diumumkan). 
Adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%? 
Jawapan : 
Tidak layak, kerana pemberian diskaun ini diberikan mulai 1 Oktober 2012 
dan ke hadapan. 

SOALAN 11 
Adakah saya perlu memohon bagi mendapatkan pemberian diskaun 10%? 
Jawapan : 
Tidak perlu kerana pemberian diskaun 10% akan dikira selepas dua belas 
(12) kali bayaran balik ansuran mengikut jadual bayaran balik dilakukan 
secara berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan. 

SOALAN 12 
Saya membuat bayaran balik melalui kaedah potongan gaji tetapi terdapat 
kesilapan potongan gaji/ lewat diremitkan oleh majikan kepada PTPTN.  
Adakah saya layak untuk pemberian diskaun 10%? 
Jawapan : 
Layak setelah pengesahan semula dilakukan oleh pihak majikan kepada 
PTPTN. 

SOALAN 13 
Saya telah menunaikan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) tetapi 
bukan merupakan peminjam PTPTN. Adakah saya layak menerima 
pemberian diskaun 10%? 
Jawapan : 
Layak sekiranya bayaran balik Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) 
dibuat selama dua belas (12) bulan berturut-turut bermula      1 Oktober 
2012. 

SOALAN 14 
Adakah pemberian diskaun 10% diberikan kepada semua kursus/ 
peringkat/ jurusan yang ditaja oleh PTPTN? 
Jawapan : 
Ya, tertakluk kepada ansuran bayaran balik mengikut jadual bayaran balik 
selama dua belas (12) bulan berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke 
hadapan. 

SOALAN 15 
Bagaimanakah pemberian diskaun 10% dikira? 
Jawapan : 
Pemberian diskaun 10% dikira daripada jumlah bayaran ansuran bulanan 
mengikut jadual bayaran balik atau lebih dalam tempoh dua belas (12) 
bulan berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan. 

SOALAN 16 
Sekiranya saya mempunyai lebih daripada dua (2) pinjaman, adakah saya 
layak untuk menerima pemberian diskaun 10%? 
Jawapan : 
Layak bagi kedua-dua pinjaman jika bayaran dibuat berdasarkan jadual 
bayaran balik yang telah ditetapkan. 

SOALAN 17 
Saya membuat bayaran tetapi tidak konsisten (kadang-kadang mengikut 
jadual bayaran balik, kadang-kadang kurang), dan telah membuat bayaran 
balik dua belas (12) bulan berturutan sebelum ini, adakah saya layak untuk 
mendapat pemberian diskaun 10%? 
Jawapan: 
Tidak Layak. Bayaran balik mesti dilakukan mengikut jadual bayaran balik 
yang telah ditetapkan. Pemberian diskaun 10% hanya  diberikan untuk 
ansuran berturut-turut selama dua belas (12) bulan  atau dua belas (12) 
bulan ke hadapan mengikut jadual bayaran balik yang telah ditetapkan. 

SOALAN 18 
Saya membuat bayaran balik sekali (melalui KWSP), adakah saya layak 
untuk mendapat pemberian diskaun 10%? 
Jawapan: 
Layak, sekiranya amaun bayaran balik daripada KWSP sama atau melebihi 
ansuran bayaran balik bagi tempoh dua belas (12) bulan. 

SOALAN 19 
Saya telah membuat bayaran balik melalui kaedah potongan gaji dan 
dijangka akan tamat pada Disember 2012. Adakah saya layak untuk 
mendapat pemberian diskaun 10%? 
Jawapan : 
Tidak layak kerana pemberian diskaun 10% ini bermula pada Oktober 2012 
dan tidak cukup dua belas (12) bulan berturut-turut. 

SOALAN 20 
Saya telah membuat bayaran balik melalui Arahan Tetap (Standing 
Instruction – SI) tetapi mengikut rekod PTPTN terdapat bayaran balik yang 
tidak diterima dalam tempoh 12 bulan ? 
Jawapan : 
Semakan akan dilakukan dan kelayakan akan ditentukan berdasarkan 
kepada semakan PTPTN dan pihak bank. 

Ok...amacam???sudah faham semuanya...
Terjawab tak soalan korang semua...
Maka, aku pun dapat la tido lena malam nie..
Sebab sume kemuskilan aku telah pun terjawab...

Harap2 info yg aku kongsi dgn korang nie berguna la yer...
Jom la kita sama2 melunaskan hutang yg sedia ada nie..
Supaya lepas nie...anak, cucu, cicit dan jugak adik beradik kita..
Dapat menimba ilmu dgn pemulangan wang pinjaman kita nih..
Maklumlah, makin lama kos pendidikan makin naik...
Beringatlah kita utk generasi akan datang...

Habis sudah aku membebel...
!! Adios AmigoS !!
See u next entry...

THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

No comments:

Post a Comment

ALL COPYRIGHTS RESERVED TO RESPECTIVE OWNER ~ IeDaa SuZiEaNNa ~