Tuesday, 2 April 2013

RELAKANLAH PEMERGIANNYA...DARI ALLAH KITA DATANG, KEPADA ALLAH JUGA KITA KEMBALI...

Assalamualaikum....
Nak berkongsi kisah sedih dengan korang semua...
Pemilik blog Warkah buat isteri, En Abil Fikri Ahmad telah kehilangan isteri yang dijaga beliau sejak jatuh sakit pada Jun 2011...
Kak Gee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi tadi dan disembahyangkan pada jam 4 petang di Masjid Jamek Rasah dan dikebumikan di Makam Tn. Hj. Syed...
Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Kak Gee dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang2 beriman....

Kisah sedih Kak Gee bermula apabila diserang asma pada Jun 2011 yang telah menyebabkan beliau mengalami kerosakan pada saraf otak...
Sejak sakit Kak Gee dijaga oleh suami, En Abil Fikri Ahmad yang juga penulis blog Warkah buat isteri, khas menceritakan kisah hidup beliau dan Kak Gee...
Segala suka duka, motivasi dan perjalanan kisah Kak Gee banyak dikongsikan di blog ini...
Berat mata kita memandang, berat lagi bahu yang memikul...
Tapi Alhamdulillah, suami Kak Gee masih setia bersamanya mengharungi saat2 jatuh bangun hidup beliau...
Kini, Kak Gee tak perlu lagi menanggung kesakitan...
Setelah sekian lama bertahan, akhirnya Kak Gee kembali kepada penciptaNya...
Kepada En Abil Fikri, semoga beliau tabah menghadapi detik2 ini...
Kepada seluruh keluarga arwah, Takziah dari saya....

Sesungguhnya Dari Allah kita datang, KepadaNya juga kita kembali...


THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

ALL COPYRIGHTS RESERVED TO RESPECTIVE OWNER ~ IeDaa SuZiEaNNa ~